in

“Aku tengok pesen orang lain lagi teruk, tak ada mengata pun” – Dato’ Seri Vida Bengang Netizen Kutuk Fesyen Cik B

Fashion Cik B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang perasan Cik B anak kepada Dato’ Seri Vida sudah makin berbeza fesyennya. Kalau dulu Cik B lebih suka kepada gaya ‘swag’ sikit, tapi sekarang dah nampak sisi feminin Cik B.


Walau bagaimanapun, minat Cik B dalam berfesyen mendapat kritikan netizen kerana ramai yang cakap gaya Cik B macam agak pelik sikit. Laa pulak? 

Menerusi perkongsian Dato’ Seri Vida di Instagram, ibu kepada Cik B ini telah meluahkan rasa marahnya terhadap netizen di luar sana yang mengecam perubahan gaya anaknya itu. 

Menurut DSV, Cik B memang gemar berpakaian begitu malah tidak salah pun dengan gayanya sekarang. Lagipun kata DSV, ada ramai lagi yang pakai baju lebih pelik daripada Cik B, tapi tak ada pulak yang kena kutuk. Haa kan dah bersuara ibunya! 

“Apa masalah dengan OOTD ni? Kenapa suka kutuk Cik B… Cara dia suka pakai gitu. 

“Aku tengok pesen orang lain, lagi pelik tak ada yang ngato pun. Tu pun dia dah putih cerah…” katanya.

Di dalam video yang berdurasi 1.39 minit itu, Vida juga memberitahu yang aksesori dan beg yang dipakai anaknya itu bukan daripada calang-calang jenama tau.

Semuanya designer bag berjenama Dior lagi. Siap ada yang dalam kotak dan tak buka lagi tu! Fuh untunglah Cik B. 

Dior

 

“Biarlah Cik B menikmati zaman remaja dia cara dia” 

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata berpendapat orang lain tidak sepatutnya mengecam Cik B disebabkan gayanya. Cik B masih lagi muda, jadi biarlah dia ‘explore’ bermacam-macam gaya ikut keselesaannya sendiri. Betul gak tu kan! 

Cikbhavoc

Bagi admin, pakai je lah apa-apapun Cik B, asalkan hati happy dan tenang. Yang paling penting, guna duit sendiri dan baju tu janganlah sampai menjolok mata. Kan? 

Baca: “Stoplah being so CUTE” – Netizen Terlopong Tengok Imej Baru Cik B, LAWA BAK HANG!

Cikkb

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.