in

“Kalau dah sampai macamni, mesti dia lapar” – Pekerja Asing Di Kawasan PKPD Selayang Ditangkap Curi-curi Keluar Untuk Ambil Makanan

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari lalu Selayang Baru telah berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Macam yang korang tahu, bila sesuatu kawasan tu menerima PKPD, laluan keluar dan masuk akan ditutup dan kawasan itu akan diselia dengan ketat supaya tak ada orang yang langgar peraturan.


Pun begitu, seorang pekerja asing warga Burma sanggup membahayakan diri dan cuba untuk keluar dari kawasan PKPD melalui pembentung air. Lelaki ini telah ditangkap semasa cuba masuk semula ke laluan yang sama.

Menurut China Press, pembentung air ini dipercayai telah menjadi laluan orang dalam kawasan PKPD untuk keluar.

Sewer1

Macam yang korang dapat tengok kat gambar atas ni, lelaki tersebut ditangkap memegang plastik besar berisi sayur-sayuran, buah dan makanan. Dikatakan, majikan lelaki ini telah meninggalkan makanan di luar untuk lelaki ini ambil.

Pihak polis telah pun menutup pembentung air ini bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali.

Kesian pulak, makanan tak cukup kot… Nak keluar pulak tak boleh.

 

Baca: “Bantuan makan ok bukan kerakyatan” – Penduduk Rohingya Di Selayang Diberi Bantuan Makanan

Screenshot 2020 05 01 At 4.17.52 Pm

Sumber: China Press

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.