in

“Jika kamu lapar, ambil saja” – Pemilik Restoran Beri Bungkusan Makanan Di Luar Kedai Secara Percuma Setiap Hari

Makanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kempen bendera putih diadakan, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang dalam kesusahan telah dapat dibantu oleh mereka yang murah hati dan berkemampuan.


Selain daripada kempen ini, tindakan seorang pemilik restoran telah mendapat pujian ramai selepas viral kisah mengenainya yang telah memberikan makanan secara percuma setiap hari di luar kedai semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diadakan lagi.

Bantuan Makanan Free

Menurut The Star, Shahrul Nizam, 35, pemilik restoran ‘Kedai Makan Abang Tukang Masak’ ini telah melakukan satu tindakan yang mulia apabila dia telah menyediakan antara 200 hingga ke 1,000 makanan di luar restorannya dekat Damansara Damai secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

Bagi Shahrul Nizam yang membesar di kawasan setinggan di Selayang Indah, dia memahami kemiskinan yang dihadapi sesetengah orang dan tidak mahu sesiapa tidur dengan menahan rasa lapar.

Pemilik restoran ini telah menyediakan makanan tiga kali sehari yang mana bungkusan makanan percuma ini diletakkan di luar kedai yang terletak di Plaza Surian.

208981391 10209099899609923 1177477290512722867 N

Saya menyediakan bungkusan makanan seperti nasi goreng di luar kedai seminggu selepas PKP bermula tahun lepas. Saya buat setiap hari. 

“Saya tak halang sesiapa pun untuk mengambilnya dan daripada pemerhatian saya sejak akhir-akhir ini, saya nampak golongan M40 dan T20 pun ambil makanan tu,” katanya.

Tambahnya lagi, kereta yang dimiliki seseorang juga tidak semestinya menunjukkan mereka berduit kerana mereka juga sudah semestinya mempunyai hutang dan bil yang harus dibayar.

“Mereka mungkin datang dengan kereta tapi mereka ada banyak hutang dan bil yang perlu dibayar. Mereka juga hadapi masalah pada ketika ini kerana ramai yang kehilangan kerja. 

“Golongan B40 terkesan teruk tapi mereka tak ada hutang yang banyak perlu dibayar. Tetapi B40 juga bergantung dengan gaji untuk terus hidup dan mereka juga tidaklah senang. 

“Ramai yang telah mendapat manfaat daripada bantuan makanan ini dan mereka juga menyumbang kepada kempen makanan percuma ini.

“Yang mana dah dapat pekerjaan kadang-kadang akan menderma kepada saya supaya saya dapat sediakan lebih banyak makanan percuma,” katanya.

Shahrul Nizam berkata, jumlah makanan yang dia sedekahkan setiap hari bergantung kepada berapa banyak untung yang diperolehinya.

Dalam pada itu dia juga membantu kawasan kejiranannya dengan menghulurkan barangan seperti beras dan sardin sebulan sekali.

Semoga kita semua terus kuat dan membantu mereka yang memerlukan di luar sana dalam waktu-waktu yang sukar ini. 

Baca: Kibar Bendera Putih, Lelaki Tak Sangka Warganet Sanggup Bayar Sewa Rumah & Ansuran Kereta Tertunggak

Minta Bantuan Kibar Bendera

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.