Kira-kira 500 orang telah dipindahkan dari rumah mereka hari ini selepas kebakaran berlaku di Kampung Guryong yang merupakan salah satu kawasan setinggan terakhir di Seoul, Korea Selatan.
Menurut laporan CNN, kebakaran tersebut berlaku sekitar 6:28 pagi di kampung itu, Shin Yong-ho, yang merupakan seorang pegawai di Balai Bomba Gangnam memberitahu pasukan bomba dan penyelamat pertama tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit selepas kebakaran.
Ia berjaya dipadamkan sekitar 11:50 pagi waktu tempatan dan merosakkan kawasan seluas 2,700 meter persegi dan tiada kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.
Sekitar 60 buah rumah dipercayai terbakar yang kebanyakannya diperbuat daripada panel papan lapis vinil.
Difahamkan, lebih 800 anggota respons telah digerakkan, termasuk anggota bomba, polis dan pekerja am manakala 10 helikopter telah dikerahkan untuk membantu memadamkan kebarakan tersebut.
Pihak berkuasa telah lama memberi amaran bahawa penduduk Guryong mempunyai risiko khusus untuk bencana dan kerajaan Gangnam memberitahu dalam laman webnya bahawa kawasan setinggan itu ‘terdedah kepada kebakaran’ pada 2019.
Malah, kawasan itu juga pernah dilanda banjir pada Ogos lalu yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 13 orang, ia termasuk beberapa penduduk yang terperangkap di rumah bawah tanah ‘banjiha‘ seperti yang digambarkan dalam filem ‘Parasite’.
Baca: Wanita Korea Sanggup Tinggal Dengan Mayat Ibu Sebab Nak ‘Kaut’ Wang Bantuan Kerajaan