in

“Jika Allah tak izin, tiadalah visa haji kita” – Netizen Dedah Risiko Ambil Haji Furada

Haji Furada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, sebanyak 26 jemaah haji Malaysia dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah berikutan masalah visa haji furada yang diperolehi mereka.


Masalah yang sama juga dihadapi pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa yang katanya mengalami masalah visa dan tidak dapat berangkat ke Jeddah untuk menunaikan haji. Neelofa sendiri ada menjelaskan masalah yang dihadapinya di Instagram.

Screenshot 20190807 143658 Com.instagram.android
sumber: instagram

Jadi apa haji furada ni dan kenapa ada jemaah yang tak ambil visa dengan Tabung Haji tapi lebih gemar ambil visa furada pula? Berikut perkongsian mengenai haji furada dari page Backpackers Buddies Malaysia (BBM) di Facebook

 

Kenapa nama FURADA? Kenapa bukan visa Tabung Haji?

Menurut perkongsian tersebut, visa furada ini ialah visa yang sah dan hanya diguna pakai ketika musim haji.

67734006 2330350247018128 8813386201219203072 N
Contoh rupa visa furada | sumber: facebook

Berikut beza visa furada dengan visa yang korang dapat daripada Tabung Haji: 

  • Visa khas yang dikeluarkan terus secara langsung kepada TRAVEL AGENT swasta tanpa melalui kuota TH
  • Sesiapa saja layak mohon asalkan mampu dari segi kewangan
  • Harga visa ditentukan berdasarkan berapa harga pakej haji yang ditawarkan
  • Tak perlu tunggu giliran seperti Tabung Haji

 

“Sebanyak mana pun duit, sehebat mana pun kita, jika Allah tak izin…”

Senang cerita, visa furada ini bagi mereka yang berduit lah. Kalau ada wang, boleh saja terus daftar dengan pakej swasta. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang, ramai pula complaint jadi mangsa penipuan visa furada ni. Itu yang 26 orang terkandas di Jeddah tu. 

First of all, kalau ada kes berkaitan penipuan visa furada ni, korang janganlah salahkan visa tersebut sebab yang bersalahnya ialah orang tak jujur dalam menguruskan visa ini. 

Tambah netizen terbabit,

“Tetapi ada satu hal yang perlu kita kena ingat dan faham, sebanyak mana pun duit, sehebat mana pun kita, jika Allah tak izin, maka tiadalah haji kita!!

“Kita merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang.”

Antara netizen yang mengadu terkena scam / hampir terkena scam:

Furada
sumber: facebook

 

“Tiada istilah ‘Visa haji Encik sudah confirm. Saya ada orang dalam kedutaan'” 

Apa-apapun page rasmi Haji Furada Malaysia di Facebook ada menjelaskan tentang isu ini.

Menurut pihak mereka, sebelum memberi kepercayaan penuh kepada agensi pelancongan yang tawarkan haji furada ni, orang ramai terlebih dahulu kena betul-betul periksa dan dapatkan maklumat tepat mengenai visa tersebut.

26 BAKAL JEMAAH HAJI TERKANDAS DI JEDDAH – RESPONS PPHFKami amat bersimpati dengan nasib 26 orang bakal jemaah haji…

Posted by Haji Furada Malaysia on Tuesday, August 6, 2019

Apa-apapun admin doakan semoga jemaah yang sudah berada di Tanah Suci  selamat menunaikan ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur. Bagi yang tidak berkesempatan, semoga tabah hadapi ujian ini. 

Baca: Bapa 70 Tahun Sanggup Guna Simpanan Haji Untuk Jamin Anak, Perkongsian Peguam Ni Pasti Buat Korang Menangis

Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.