Penyanyi Nourul Depp tampil bersuara kepada netizen berhubung dengan isu gerakan Blockout 2024 yang menjadi hangat sejak kebelakangan ini.
Dalam hantaran tersebut, Nurul ada kongsikan rasa simpatinya terhadap nasib yang menimpa di Rafah.
Katanya lagi, biarpun dia tidak aktif sebagai seorang selebriti dan penyanyi, itu adalah haknya sebagai seorang manusia untuk tunjuk tanda sokongan biarpun tidak membuat hantaran mengenainya setiap hari.
Artikel berkaitan : “Biasalah tu” -Berselisih Faham Dengan Anak, Ajai Tak Masuk Campur Urusan Nourul & Ayu
Artikel berkaitan : “Hanya luahan dari hati seorang ibu” -Nourul Depp Minta Henti Buat Spekulasi
Nurul juga memohon orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum kepada orang yang membuat perkongsian atau tidak mengenai hal-hal Palestin. Katanya setiap manusia ada rasa kemanusiaan cumanya ada yang tunjuk dan ada yang tidak.
View this post on Instagram
Nurul turut menggesa netizen agar netizen di luar sana menghentikan komen berbaur ugutan untuk disenaraikan dalam senarai Blockout. Jelasnya, tidak dinafikan memberi sokongan terhadap umat Islam di Palestin itu adalah perkara bagus dan dia memang turut rasa bersedih dengan nasib mereka, tetapi jangan sampai mengecam orang untuk melepaskan rasa amarah sendiri.
“Cukup-cukuplah, kita pula jangan berperang untuk berkata siapa support siapa tidak. Ramai yang support tapi membantu dari sudut yang lain. Ramai yang tidak tunjukkan.”
“Bukankah dalam ajaran Rasullullah, jika mahu membantu jangan tunjuk-tunjuk? Sama ada sedekah, doa atau beribadah.”
Dalam pada itu, Nurul juga meminta orang ramai untuk berhenti bertindak menyekat atau tidak di media sosial. Bahkan adalah lebih baik untuk kita terus berdoa buat mereka di Rafah berbanding dengan melakukan hal-hal sebegini.
Sumber: Instagram