in

“Biasalah tu…” – Berselisih Faham Dengan Anak, Ajai Tak Masuk Campur Urusan Nourul & Ayu

Ajai Nourul Ayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perselisihan faham di antara ibu dan anak bukanlah perkara yang luar biasa, pertelingkahan seperti ini biasanya berakhir dengan permohonan maaf daripada kedua-dua belah pihak, air dicincang takkan putus kan?


Baru-baru ini, penyanyi terkenal tempatan Nourul Wahab Depp memuat naik satu ‘luahan’ di Instagram miliknya yang memberikan bayangan seolah-olah dia sedang terasa hati dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah.

Nourul bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan yang menepis segala spekulasi berkenaan posting tersebut sebelum ini dan berkata Ayu itu anak yang baik.

Artikel berkaitan: “Hanya luahan dari hati seorang ibu” –  Nourul Depp Minta Henti Buat Spekulasi

Artikel berkaitan: “Dia ambil wanita lain jadi emaknya” –  Muat Naik Posting Sedih, Nourul Depp Kecil Hati Dengan Anak?

Cats 32

Pun begitu, bapa kepada Ayu yang juga komposer serta penyanyi terkenal Mohd Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut, dia hanya menganggap perselisihan faham ini sesuatu yang biasa buat ibu dan anak.

“Bagi saya, itu adalah hal peribadi antara ibu dengan anak. Merajuk (Nurul dan Ayu) itu sebenarnya sudah biasa sangat. Saya kira itu perkara standard (perselisihan faham) antara ibu dan anak.

Biasalah, kalau Ayu bergaduh dengan emaknya, dia akan mengadu kepada saya. Kalau Ayu berselisih faham dengan saya, dia mengadu dengan maknya. Biasalah itu,” katanya.

Dalam laporan Berita Harian, Ajai turut memberitahu dia lebih selesa untuk menjadi neutral dan enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kontroversi itu.

Selain itu, Ajai turut menafikan bahawa ‘ibu baru’ yang dimaksudkan oleh Nourul dalam posting berkenaan ialah isterinya, Liza Ilyas.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.