in

“Jangan meninggi diri ye…” – Berduet Dengan Cakra Khan, Siti Nurhaliza Titip Pesan Buat Umai

Untitled Design 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bakat dalam bidang seni adalah anugerah yang dikurniakan kepada mereka yang terpilih, tetapi jika bakat itu tidak ‘disulam’ dengan usaha maka ianya boleh menjadi sesuatu yang sia-sia.


Seperti itulah pesanan yang dititipkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada anak buahnya iaitu Ummi Umaira atau lebih dikenali sebagai Umai yang diberi peluang untuk berduet dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan dalam konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0.

Artikel berkaitan: “Pelapis TokTi!” – Vokal Luar Biasa, Netizen Kagum Dengan Bakat Anak Buah Siti Nurhaliza

Artikel berkaitan: “Haa! suka gosip tau” –  Ramai Peminat Risau Lepas Tengok IG Stories TokTi, Ini Respon Siti Nurhaliza

Siti yang membahasakan dirinya sebagai Mak Iti kepada anak kepada adiknya, Sairah itu menasihati agar Umai sentiasa belajar dan menghormati artis yang lebih senior.

Cats 14

“Alhamdulillah, ini permulaan yang baharu. Masih jauh perjalanan Umai. Selalulah belajar dan jangan berhenti belajar.

Bila orang puji, jangan meninggi diri ya Umai. Selalu hormat orang yang lebih senior (dewasa),” tulisnya.

Malah, dalam komen yang ditinggalkan oleh Siti di Instagram milik anak buahnya itu, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu juga mendoakan agar Umai sentiasa berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan.

“Selalu rasa ada kekurangan. Mak Iti (panggilan Siti) doakan Umai berjaya dalam setiap apa yang dilakukan. Allah, Rasul, ayah dan ibu jangan sesekali dilupakan. Insya-Allah, selamat hidup,” tulis Siti.

Wah, semoga Umai dapat melebarkan sayap lebih jauh lagi!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.