in

JAKIM Mohon Penjelasan Rasmi SUHAKAM Isu Iklan Cari Penyelidik Bagi Kajian Jantina Ketiga

Suhakam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) melalui laman Facebook telah mengiklankan pencarian penyelidik berhubung penyelidikan mengenai pengiktirafan jantina ketiga (third gender) di negara ini.


Iklan berkenaan menyatakan tugasan kajian berjudul ‘”Feasibility of Having Legislation on the Recognition of a Third Gender in Malaysia” yang dijangka mengambil tempoh 5 bulan dari tarikh surat lantikan.

200687107 10158496247663212 2328628597904066101 N

 

“Tak payah buat kajian pasal ini. Ini Malaysia, bukan negara barat” 

Iklan tersebut walau bagaimanapun telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen yang berpendapat kajian tersebut tidak sesuai diadakan kerana menganggap ia perkara yang tidak berfaedah.

Third Gender

 

JAKIM tuntut penjelasan rasmi SUHAKAM 

Menerusi perkongsian Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Facebook, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menurutnya memohon penjelasan rasmi SUHAKAM berhubung iklan berkenaan yang dimuat naik pada 14 Jun lalu.

Dr Zul

Walau bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut berkenaan isu ini yang kini menjadi perbualan hangat netizen.

Menurut iklan jawatan kosong itu juga, tarikh tutup permohonan ialah pada jam 4 petang 30 Jun 2021 dan calon terpilih boleh memulakan tugas dengan serta merta.

Baca:Sangat tak betul kenyataan ini” – Ustaz Tepis Kenyataan, Menteri Agama Mohon Pejabat Mufti Teliti Isu Andika Putera

Andhika

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.