in

Isu Adegan Ghairah, Umie Aida Perjelas Ada Pihak Sengaja Tayang Versi Belum Sunting

Ft Umie Aida Erma Fatima

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu tular satu video yang telah mendatangkan kemarahan warganet berkenaan dengan satu babak yang memaparkan ‘aksi panas’ daripada Zul Ariffin untuk drama  Perempuan Itu.

Apa yang membangkitkan lagi kemarahan netizen adalah drama itu dikatakan bakal ditayangkan pada bulan Ramadhan nanti.


 

“Motif keluarkan footage yang belum edit dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk viral?”

Disebabkan isu tersebut, Datin Seri Umie Aida ada membuat penjelasan menerusi Instagram miliknya semalam mengenai situasi sebenar yang terjadi. Katanya, penerbit Erma Fatima dari awal dah risau dengan babak yang ditayangkan.

Lapor mStar Online, Umie ada menasihati Erma untuk bersikap lebih tegas sebagai penerbit, nasihat itu diberikan ketika Erma meluahkan kepadanya bahawa pihak produksi mahu lakukan babak daring.

Screenshot 2022 03 21 115020

Kata Umie Aida lagi, babak itu sebenarnya di luar pengetahuan Erma Fatima sendiri.

“Lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di Instagram. Motif keluarkan footage yang belum edit dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk viral?”

Tambah Umie, dia mengatakan dia sempat melihat babak dan adegan tersebut menerusi Instagram Zul Ariffin (pelakon utama dan yang terlibat dalam adegan berahi itu) dan dia akui terkejut apabila melihatkan.

“Dalam isu ini beberapa pihak terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu? Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalan tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan, antara skrip dan interpretasi pengarah berbeza.”

Screenshot 2022 03 21 115034

Umie Aida turut menegaskan bahawa lakon layar yang dibuat oleh pengarah, bukannya penulis skrip atau penerbit dan pelakon memainkan peranan dan ada hak untuk menolak lakon layar tersebut jika ianya keterlaluan.

Perkongsian itu dibuat setelah ianya mendapat perhatian pendakwah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad. Bahkan perkongsian ini bagaimanapun telah dipadam dari posting Instagram Umie Aida.

 

Kebenaran akan didedahkan – Erma Fatima

Memandangkan dirinya terlibat dalam pembikinan drama tersebut, pastinya Erma Fatima turut dilemparkan pelbagai tohmahan daripada netizen.

Lapor Kosmo! Erma Fatima ada memuat naik satu perkongsian ang seolah-olah memberi bayangan sebuah kebenaran bakal terbongkar.

https://www.instagram.com/p/CbReCLIrng3/?utm_medium=copy_link

Walaubagaimanapun, masih belum ada penjelasan daripada pihak Erma susulan dia tidak menjawab panggilan telefon daripada pihak media.

 

Baca : Viral Babak Panas Drama ‘Perempuan Itu’, JAKIM Bakal Panggil Zul Ariffin & Siti Hariesa

Collage 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.