in

Isteri Baru Shuk Nafi Jadi Dalang Sebar Cerita Buruk Tentang Rossa Sera

Ft Fara Salleh Tepis Dakwaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri baru kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menegaskan bahawa dia bukanlah dalang di sebalik penularan cerita yang mendakwa Rossa Sera menjadi ‘penyondol’ rumah tangga orang.


Fara Salleh menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak ada kena mengena dengan penularan tersebut malah ada pihak yang hantar mesej kepadanya bercerita mengenai isu tersebut.

Artikel berkaitan : Netizen Berbelah Bahagi Tengok Wanita Makan Nasi Berlauk Garam & Timun Tapi Dikelilingi Mekap ‘High-End

Artikel berkaitan : “Patut la asyik sorok muka laki tu” – Rossa Sera Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang?

Fara sebelum ini ada muat naik gambar tangkap layar perbualan bersama seorang wanita yang mendedahkan suaminya curang dan menjalin hubungan bersama Sera menerusi IG Story miliknya.

Fara Rossa Serra

“Ada orang DM saya tentang ini. Jadi akaun palsu itu bukan saya. Sebenarnya ramai dah tahu.”

Walaubagaimanapun, gambar itu telah dipadam semula dalam masa beberapa minit selepas ia berjaya dimuat naik. Menurut laporan mStar Online, kenyataan itu dibuat kerana ramai yang tuduh dia menjadi dalang di sebalik pendedahan kisah suami orang yang bercinta dengan Sera.

Sebelum ini Shuk dan Sera berkahwin pada tahun 2015 dan bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Selepas itu, hangat diperkatakan bahawa Shuk dan Fara kini sudah sah bergelar suami isteri dan sudah mendirikan rumah tangga mereka sejak November tahun lalu.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.