in

Rosmah Kena Saman?

page rm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah selesai membayar bayaran ikat jamin, tiba-tiba hari ni keluar berita mengenai isterinya pula, Datin Seri Rosmah Mansor.

Cerita apa pulak ni? So, katanya Rosmah telah disaman! Menurut Malaysiakini, seorang tukang emas borong terkenal dari Lubnan telah memfailkan saman sebanyak 14.79 juta Dolar Amerika (RM59.831 juta) bulan lalu atas penghantaran 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada bulan Februari dan dirampas oleh polis pada bulan Mei.


y
Sumber: Malaysiakini

Difahamkan Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap isteri bekas PM itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay.

Di dalam kenyataan tuntutan tersebut, Global Royalty mendakwa telah menghantar 44 unit barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang setiap satu bernilai antara 124,000 Dolar Amerika dan 925,000 Dolar Amerika.

“Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia,” kata kenyataan tuntutan itu.

Di dalam tuntutan tersebut, firma yang berpangkalan di Beirut dan menjual barangan kemas di seluruh dunia termasuk keluarga diraja telah mendakwa yang Rosmah adalah pelanggan lama.

Rosmah Mansor Bernama fmt 1
Sumber: FMT

Global Royalty mendakwa macam tahun-tahun sebelumnya, firma itu akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar olehnya atau pihak ketiga. Manakala barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Selain itu, dilaporkan Global Royalty mendakwa ada kalanya Rosmah akan meminjam barangan kemas itu dan dia atau ejennya akan menerima barangan tersebut di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.

hy
Sumber: Today Online

Dalam tuntutan yang sama, firma tersebut memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut dan memohon perintah mandatori supaya barangan berkenaan dikembalikan atau Rosmah perlu membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

Pengurusan kes mengenai tuntutan itu akan diadakan hari ini.

Oh, pakai barang kemas pinjam ke tu…?

Baca: Rosmah Pesan Jangan Menangis!

r 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.