in

“Ini sebenarnya adalah tindakan buli siber” – Isu Veveonah, Hannah Yeoh Kecam Zahidi & Abd Rahim

Veveonah2

Berikutan dengan kontroversi terhadap isu siswazah Universiti Malaysia Sabah, Veveonah yang didakwa menipu itu telah membuatkan Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh terpanggil untuk beri respon terhadap tindakan dua Timbalan Menteri tersebut.

Lapor Astro Awani, Ahli Parlimen Segambut itu menyifatkan tindakan itu sebagai buli siber.

 

Jika anda tidak mengetahuinya, ini sebenarnya adalah tindakan buli siber oleh dua Timbalan Menteri terhadap seorang remaja,”

Ahli Parlimen Segambut itu menyifatkan apa yang dilakukan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri sebagai buli siber.

Kata-kata itu diluahkan oleh Hannah Yeoh menerusi status Twitternya pada Selasa. Malah, beliau kesal kerana Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun hanya “mendiamkan diri”.

Pada 3 September lalu, Datuk Zahidi dalam Sidang Dewan Negara berkata, isu Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menjawab peperiksaan hanyalah untuk rancangan YouTube pelajar berkenaan kerana tiada peperiksaan semasa video itu dimuatnaik.

Bagaimanapun selepas mendapat kecaman pelbagai pihak, beliau memohon maaf kepada Veveonah dan menjelaskan bahawa beliau  menerima maklumat itu  daripada Datuk Abd Rahim Bakri.

Abd Rahim kemudian tampil menjelaskan isu Veveonah Mosibin yang kontroversi sebelum ini adalah berdasarkan laporan pegawai lapangan di daerah Pitas.

 

Baca : “Ko p la UMS sana cek ada exam ka time tu” -Timb. Menteri KKMM Akan Ke Sabah Susulan Isu Veveonah, Ini Reaksi Netizen

Ums