in

Ini Idea Menu Bajet Yang Korang Boleh Masak Sendiri Kalau Nak Buat Open House

ft menu open house

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar seminggu sudah kita beraya, biasanya rakan-rakan, saudara mara, bahkan kita sendiri akan merancang untuk mengadakan rumah terbuka kepada semua.

Ia sebagai satu lagi fasa raya untuk kita bersua dengan sahabat lama, rakan sekerja, kawan terdekat atau berkumpul dengan saudara mara sekali lagi selepas hari raya.


Bahkan, rumah terbuka juga sebagai satu cara untuk memudahkan kita menerima tetamu sekaligus untuk beraya tanpa perlu mengganggu waktu lapang.

Tapi nak buat rumah terbuka ini sah-sah kena ada kos yang agak tinggi, jadi di sini kami nak beri cadangan senarai menu simple dan jimat kos yang korang boleh pertimbangkan untuk dijadikan menu utama semasa rumah terbuka nanti.

Artikel berkaitan : Anak Tetamu Lenyekkan Nasi Himpit Atas Karpet, Lelaki Luah Trauma Nak Buat Rumah Terbuka

Artikel berkaitan : 6 Menu Yang Mesti ‘Laris’ Dimakan Tetamu Kalau Plan Nak Buat Open House Tahun Ni

Berbanding dengan perkongsian min di atas ni, semua menu yang laris ini memakan kos yang tinggi bahkan agak susah kalau nak dibuat di rumah mereka yang ada ruangan terhad. 

 

Menu Utama

Nasi Impit

YosriNasiHimpit

Bukanlah nak suruh korang masak nasi impit kosong-kosong bagi tetamu, tapi dengan nasi impit korang boleh regukan ia dengan bermacam-macam jenis lauk. Nasi impit boleh dimakan dengan rendang, kuah lodeh, kuah kacang, soto, serunding dan nak makan dengan sambal tumis atau sambal udang pun boleh tau. Tak ke dah jadi satu hidangan besar tu?

Rendang

Lemang kukus

HD 3

Nak cari lemang periuk kera memang susah, nak buat lemang buluh pula agak remeh bagi yang tinggal di bandar. Jadi, korang cuba je buat lemang kukus yang viral tu.

Hanya pakai beras pulut, santan, gelas kertas dan daun pisang lepas itu kukus. Ye lah, alang-alang dah ada lauk yang dah listkan kat atas tu, kan sedap kalau dimakan dengan lemang juga.

Bukan tak nak recommend ketupat palas, tapi ni yang nak jimat kos dan tenaga kan? Kalau tak dan juga nak buat lemang kukus, buat je pulut kuning.

Spaghetti

marc wieland 3mE9nGPisLI unsplash

Kenapa spaghetti? Korang hanya perlu rebus banyak-banyak dan buat dua kuah yang confirm tetamu akan capai kalau ada pasta bolognese dan Laksa Johor. Lepastu bolehlah sediakan bahan lain macam sambal belacan dan sayur-sayur ulamannya.

Kan dah settle kat situ, mudah dan jimat, tak perlu masak makanan utama yang lain.

Mihun Putih

photo

Mihun putih atau orang panggil mihun Singapore ini jadi saranan min sebab bahan nak dibuatnya sangat mudah dan paling tak renyah kalau nak disediakan dalam kuantiti yang banyak. Menu ini juga sesuai kalau hanya ada sekumpulan kecil yang nak datang beraya kat rumah tapi kuih raya dah nak habis atau ketika di hujung-hujung raya.

Sesuai juga kalau mereka yang tinggal di rumah apartment yang ruangan terhad untuk letak banyak hidangan atau tidak banyak makan ruang kalau nak masak.

 

Pembuka Selera (Appetizer)

Sandwich sardin

Sardin Masak Tomyam 1536x1152 1

Kalau nak dibandingkan dengan tuna, boleh dikatakan ia lebih banyak makan kos untuk tetamu yang ramai dan menggunakan tuna, kena pakai kuantiti yang banyak melainkan kalau korang gantikan dengan sardin, tumis sikit-sikit dengan bawang lepastu hancurkan.

Silap-silap hanya gunakan 2 atau 3 tin besar sahaja untuk dapatkan kuantiti sandwich yang banyak.

Karipap

462129165 3866845150301571 5853660024332176925 n

Memandangkan sardin dah ada, alang-alang bolehlah buat terus karipap inti sardin, cuma tambah stok sardin sikit je lah, dan bila alang-alang dah ada dough karipap tu, boleh juga buat karipap inti kentang. Terus banyak menu korang atas meja tu. Tapi kalau nak jimat sardin dah cukup.

Donat

maxresdefault

Donat juga boleh dijadikan satu idea sebab selain daripada salut gula, korang boleh pelbagaikan lagi dengan menggunakan coklat, jem dan macam-macam lagi perisa donat yang sekaligus boleh jadi pencuci mulut terus.

Pau sambal / Burger Malaysia

maxresdefault 1

Alang-alang dah ada donat tu, dough yang lebih korang boleh buat kuih Burger Malaysia. Cuba refer menu nasi impit kat atas, selain rendang semua tu, ada sekali dengan sambal tumis kan? Bolehlah gunakan sambal itu untuk inti Burger Malaysia ini.

Roti Jala

d2f6680e41ffdff637fc21f46430061e58fcaa98

Roti jala juga boleh dijadikan menu appetizer korang selain donat dan pau sambal tadi. Cara nak buatnya pun mudah dan korang hanya boleh tengok menerusi video Che Nom yang ini sahaja.

 

Pencuci Mulut 

Biasanya pencuci mulut ini adalah manisan-manisan yang sejuk, selain daripada buah-buahan macam tembikai, honey dew, dan oren yang murah tapi boleh dapat banyak. Korang boleh cuba gunakan bahan yang korang dah ada untuk buat menu utama dan pembuka selera tu, misalnya..

Cendol

Chendol at Cendol Melaka Changi Village 1

Cendol ini mudah sahaja cuma kena jaga elok-elok sebab ada santan. Ideanya, alang-alang dah beli santan untuk masak rendang, boleh lah beli lebih sikit untuk dibancuh dengan air gula melaka besertakan cendol tu. Dah jadi satu bancuhan air sedap.

Bomboloni

bomboloni

Ada lebih tak tepung buat donat dengan Burger Malaysia tu? Boleh buat bomboloni, pakai satu inti sahaja sudah memadai.

Kek batik 

0cc4642ad35e532bd90b76e4c211b3d28cfbe088

Satu lagi typical manisan kita yang mesti ramai orang suka, nak buat pun mudah tak perlu bersusah payah, bahan yang nak digunakan pun tak banyak. Mungkin paste coklat yang dibuat tu boleh dijadikan inti bomboloni? Betul tak?

P/s : Ini min tunjuk part makanan tau, kalau minuman tu, refer je IG Khairul Aming yang dia buat masa buat puasa, min tengok semuanya makan kos murah dan murah je tu.

Sumber: Facebook
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: Che Nom
Sumber: Che Nom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.