in

“Ini hero kita”- Abang MBJB ‘Terbang’ Tangkap Peragut Terima Penghargaan, Ditawar Kerja Tetap!

Gambar Hiasan 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih segar tentang isu ‘abang’ Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang sanggup melompat ‘terbang’ demi untuk memberkas seorang peragut bermotosikal di Taman Mount Austin pada 1 September lalu.


Selepas diangkat sebagai hero oleh netizen kerana keberaniannya, Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, yang merupakan pembantu penguat kuasa MBJB baru-baru ini menerima penghargaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Terdahulu, tindakan pantas Shazrin Hafeez dan orang awam berjaya menahan seorang peragut dalam satu kejadian jam 12.45 tengah hari selepas mendengar mangsa yang ketakutan menjerit meminta bantuan.

Sejak itu, nama Shazrin menjadi tular di media sosial sehinggakan dia menerima ‘durian runtuh’ berupa sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan tawaran jawatan Pembantu Kesihatan Awam U19 secara tetap di MBJB.

Menurut sumber, sijil penghargaan kepada Shazrin Hafeez disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad sempena lawatan beliau ke pejabat baharu MBJB, semalam.

 

Ec69Fd0D 0Fa9 443D 8E25 6B3782789Cca

Wah, untung nya… tak rugi kan kita tolong orang?

 

Baca: The real hero! – [Video] Aksi Tangkas Penguatkuasa MBJB ‘Berkas’ Peragut Dipuji Ramai

1 4 2

Sumber: Makmur Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.