in

“Ini bukan sistem barter” – Hidayah Enggan Terima Ali Puteh Nak Bayar Saman Dengan Motosikal

Ali Puteh Bayar Hutang Motosikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, adik kepada arwah Abam iaitu Ali Puteh mendakwa sudah cuba membayar hutang saman kepada Hidayah namun telah ditolak oleh kakak iparnya itu.

Difahamkan, pelawak itu meminta untuk melunaskan bayaran hutang dengan menjual aset yang dimilikinya iaitu beberapa jenis motosikal namun Hidayah mahu ia dibayar secara tunai.


Hidayah berkata, dia menolak kerana pihak Ali ingin membayar menggunakan motosikal dan bukan dalam bentuk wang sebagaimana diperintahkan mahkamah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)


Jelasnya, hutang antara mereka bukan seperti ‘sistem barter’ yang boleh dilangsaikan dengan membuat pertukaran barang tanpa membabitkan wang tunai.

“Saya tidak menerimanya, hal ini kerana hutang perlu dibayar dengan wang ringgit, bukan barang atau selain daripada itu.

“Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya,” katanya.

Hidayah dalam pada itu mempersoal mengapa Ali tidak mahu menjual dahulu motosikal terbabit dan gunakan duit jualan itu untuk membayar saman.

“Mengapa dan kenapa perlu memberi motosikal itu kepada saya dan saya pula yang perlu jual untuk dapatkan wang?” katanya lagi.

Baru-baru ini, Hidayah ada memuat naik di Instagram menggesa agar adik iparnya membayar hutang secepat mungkin selepas wanita itu menang kes saman pada 18 Februari tahun lalu.

Untuk pengetahuan, Ali perlu melunaskan bayaran hutang saman sebanyak RM76,000 manakala RM2,000 lagi hutang perlu dibayar oleh kakaknya.

Sumber: Harian Metro

Baca: “Tiada usaha langsaikan hutang” – Hidayah Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Ali Puteh
Ali Hutang Hidayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.