in

“Ingatkan ‘Tuhan’ boleh selamatkan kamu?” – Netizen Kecam Lelaki Hina Kaabah Kosong Akibat COVID-19

God

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Foto-foto yang memaparkan keadaan Masjidil Haram yang ‘kosong’ tanpa jemaah menunaikan ibadah semalam telah viral di kalangan netizen hingga menimbulkan rasa sayu dan ada juga insaf melihat keadaan tersebut.


Meskipun Masjidil Haram tak ditutup selamanya dan hanya untuk seketika waktu ketika kerja-kerja pembersihan kawasan daripada penularan wabak COVID-19 dijalankan, perkara ini masih juga terkesan di hati umat Islam yang rindu untuk berkunjung di sana.

 

“Ingatkan ‘Tuhan’ boleh selamatkan kamu? Mana kepercayaan kamu sekarang?” 

Pun begitu, tidak sangka pula gambar-gambar kawasan Kaabah yang kosong ini menjadi isu dan bahan hinaan orang lain apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memanaskan keadaan dengan melemparkan kata-kata yang tak sepatutnya.

Menerusi perkongsian page Facebook I Love Pahang, seorang netizen katanya telah mengeluarkan kata-kata cemuhan kepada umat Islam dengan mengatakan ‘Tuhan’ tidak mampu membantu hambanya yang sedang menghadapi wabak COVID-19. Aduhaii…

Cemuh 1

89256979 3623942527639539 1440309534592598016 N

 

Sudah cemuh, akhirnya minta maaf?

Walau bagaimanapun, lelaki terbabit melalui Facebook peribadinya telah memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya dalam isu tersebut. Menurutnya, dia sudah insaf daripada melakukan perbuatan tersebut. Hmm… 

89544873 3623942587639533 7119683264133988352 N

88166315 3623942640972861 3026618193125834752 N

 

“Dah hina pastu minta maaf, senang kan?” 

Walaupun lelaki terbabit sudah meminta maaf atas perbuatannya, rata-rata netizen ternyata tak puas hati dengan tindakan individu tersebut dan memohon supaya pihak polis mengambil tindakan sewajarnya kepada lelaki itu.

Mohon

Apa-apapun bagi admin, kita sebagai rakyat Malaysia janganlah mudah sekali mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung bangsa atau agama lain. Hormatilah kepercayaan masing-masing. Kita bukan duduk sehari dua kat Malaysia ni untuk faham situasi tersebut.

Baca: “Berani buat, beranilah tanggung!” – Ditangkap Sebab Hina YDPA, ‘Pelaku’ Kecewa Sebab Netizen Sebarkan Alamat

Hina

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.