in ,

“Berani buat, beranilah tanggung!” – Ditangkap Sebab Hina YDPA, ‘Pelaku’ Kecewa Sebab Netizen Sebarkan Alamat

Memang betul, kita semua ada kebebasan bersuara tapi janganlah gunakan kelebihan itu untuk memberi komen atau kata-kata yang melampau ditujukan kepada seseorang. Apatah lagi, kepada pemimpin negara kita.

Seorang lelaki baru-baru ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila dia dengan selamba menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui status di Facebook.

Lelaki berusia 35 tahun itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan cara penilaian dan pemilihan PM oleh YDPA. Malah, dengan beraninya dia mencarut dan berkata dia langsung tidak kisah kalau kena tangkap atau dipenjara disebabkan komen penghinaan tersebut.

Saya tak kisah kalau masuk penjara disebabkan mesej ini.”

Semalam, 1 Mac 2020 polis mengesahkan lelaki bernama Aaron Yee itu telah ditahan dan akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, lapor Awani.

Melalui Facebook juga Aaron ada membuat permohonan maaf dan berkata dia kecewa dengan netizen yang mengecam sehingga menyebarkan alamat rumahnya di media sosial.

Saya sedih sekali. Hari ini, banyak Melayu yang kecam saya. Saya sebenarnya pro-Melayu dan pro-Malaysia.”

Tidak pernah sekalipun terlintas di fikiranku untuk knianati Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong.

Saya cuma tidak setuju dengan tindakan YDPA dan terlanjur tulis. Saya mohon maaf.”

Kalau tuan/puan fikiran post Facebook itu salah, buatlah laporan polis. Kenapa mahu kongsi alamat saya, mahu datang hentam saya?”

PDRM juga kini menjalankan siasatan terhadap beberapa lagi akaun media sosial lain yang turut menghina YDPA. Antara akaun yang sudah dikenalpasti adalah akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikri, serta akaun Facebook dengan nama ‘Haizad Azhar’.

Baca: “Terpekik macam orang gila” – Netizen Minta Wanita Ini Bertenang Dan Akur Dengan Perlantikan PM8

Sumber: Facebook
Sumber: Awani