in

Ingin Sorokkan Kehamilan, Wanita Dibunuh Kejam Oleh Kekasih

Pembunuhan Sabak Bernam

Tular sebuah kes di media sosial hari ini apabila satu mayat dijumpai di belukar kebun kelapa sawit di Sabak Bernam, Selangor.

Menurut laporan Harian Metro, wanita tersebut disyaki telah dibunuh dan motif pembunuhan dipercayai kerana mangsa dikatakan mengandung dan teman lelakinya ingin menyembunyikan kehamilan mangsa.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian itu di Sungai Besar.

“Siasatan awal dilakukan mendapati suspek berusia 20 tahun baru menamatkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi.

Suspek dan mangsa adalah pasangan kekasih dan menjalin hubungan selama setahun. Malah, mangsa dipercayai hamil empat bulan,” katanya.

Agus Salim memberitahu, hasil soal siasat mendapati suspek pada kali pertama mengaku keluar bersama mangsa dengan menaiki kereta milik keluarganya malam kelmarin.

Fw36Lfvayaaupyf

Suspek kemudian menikam mangsa kemudian membawa mangsa ke belukar kebun kelapa sawit untuk membakarnya bagi melupuskan bahan bukti.

Difahamkan, ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau dan suspek dipercayai melakukan jenayah itu berseorangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca: “Saya nak pertahankan diri” –  Wanita Dipenjara 6 Tahun Kerana Membunuh Perogolnya

Cats 56

Sumber: Twitter