in

Imbas Kembali 10 Perkara Besar Yang Berlaku Sepanjang Tahun 2022

Perkara Besar Jadi Sepanjang 2022 Imbas Kembali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah dua tahun dibelenggu Covid-19, tahun 2022 boleh dikatakan antara tahun yang mana kita semua berasa lega dapat menikmati semula kehidupan yang hampir normal seperti sediakala walaupun undang-undang pemakaian mask masih diperlukan di sesetengah tempat.

Pun begitu, banyak juga tragedi dan sejarah yang terukir pada tahun ini dan mari kita recap semula 10 perkara besar yang berlaku sepanjang tahun 2022 sebelum ia melabuhkan tirainya beberapa hari lagi.


 

1. 24 Februari 2022 – Russia Serang Ukraine

Dua bulan memasuki 2022, dunia dikejutkan dengan pencerobohan besar-besaran yang dilakukan Russia ke atas Ukraine yang dilaporkan telah melibatkan puluhan ribu nyawa terkorban.

Antara puncanya yang didakwa menjadi penyebab kepada konflik ini adalah hasrat Ukraine yang ingin menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS). Ukraine merupakan negara kedua terbesar di wilayah kesatuan Soviet selepas Russia dan ia dilihat sebagai ancaman terbesar buat Russia.

Rusia Ukraine 1

Pencerobohan yang sudah 10 bulan berlaku ini masih lagi berlangsung dengan serangan udara serta misil dari Russia masih lagi menyerang bandar-bandar utama di Ukraine.

2. 27 Mac 2022 – Will Smith Lempang Chris Rock

Insiden pelakon terkenal, Will Smith melempang Chris Rock semasa siaran langsung Anugerah Akademi atau Oscars yang ke-94 ternyata mengejutkan seluruh dunia Hollywood.

Kejadian yang viral itu menjadi perbualan hangat netizen dan ianya dikatakan berpunca daripada tindakan pelawak berkenaan mempersenda fizikal isteri Will Smith, Jada Pinkett Smith dengan menyamakannya dengan G.I Jane yang botak dalam filem tersebut.

Download 1

Meskipun Smith membuat permohonan maaf, pelakon ini katanya telah di ‘banned’ dari menghadiri Oscar selama 10 tahun.

3. 8 Julai 2022 – Pembunuhan Shinzo Abe

Kematian Shinzo Abe, bekas Perdana Menteri Jepun boleh dikatakan antara insiden yang tragis berlaku pada tahun ini.

Beliau dilaporkan ditembak sebanyak dua kali ketika menyampaikan ucapan di Nara, Jepun dan meninggal dunia di hospital ketika sedang mendapat rawatan. Suspek yang menembak Abe juga berjaya ditahan di lokasi kejadian sejurus insiden itu berlaku.

Shinzo Abe Meninggal Dunia Pasca Ditembak Apa Motif Pelaku 169

4. 8 September 2022 – Ratu Elizabeth Meninggal Dunia

Dunia sekali lagi bersedih apabila pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II dilaporkan mangkat di usia 96 tahun pada 8 September lepas.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya di Istana Balmoral, Scotland menurut kenyataan Istana Buckingham. Kemangkatan baginda menyaksikan United Kingdom dan seluruh negara Komanwel berkabung dan ia disusuli dengan upacara pengebumian yang berlangsung dalam tempoh 10 hari.

Anakandanya, Putera Charles kini telah diangkat menjadi Raja Charles III, manakala isterinya,  Camilla diangkat menjadi Permaisuri United Kingdom.

5. 1 Oktober 2022 – Tragedi Kanjuruhan

Gara-gara rusuhan antara penyokong kelab bola sepak di Indonesia, 127 orang dilaporkan terkorban di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia.

Rusuhan yang berlaku antara penyokong Arema FC dan Persebaya Surabaya katanya berpunca daripada kedua-dua pihak saling bergaduh antara satu sama lain usai tamat perlawanan.

Susulan itu, pihak polis telah melepaskan gas pemedih mata untuk meredakan rusuhan yang mana menyebabkan orang awam panik dan mengalami sesak nafas ketika bersesak keluar dari stadium tersebut.

6. Oktober 2022 – Elon Musk Beli Twitter

Selepas berdolak dalih sama ada ingin membeli Twitter atau tidak, Elon Musk akhirnya membuat keputusan membeli platform berkenaan dengan nilai RM204.1 bilion.

Beliau pada mulanya ingin membatalkan pembelian tersebut pada Julai sebelum menyatakan kembali kesediaannya untuk memilikinya.

Elon Musk Scaled 1

Antara perubahan yang dilakukan Elon selepas memiliki Twitter ialah dengan memecat individu penting dalam syarikat tersebut dan memperkenalkan tanda verified yang baru.

7. 28 Oktober 2022 – Tragedi Halloween Itaewon

Sambutan Halloween yang meriah akhirnya bertukar tragedi apabila 151 orang dilaporkan maut akibat rempuhan orang ramai di Itaewon, Seoul, Korea Selatan.

Insiden yang memilukan ini katanya berlaku selepas ramai mangsa mengalami sesak nafas akibat berhimpit dalam lautan manusia di kawasan tersebut.

https://twitter.com/SheikhNabeel786/status/1586423440503803904?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1586423440503803904%7Ctwgr%5E9f850adca4e68513c24f60f4b4c44404d964f195%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fbertukar-tragedi-lebih-140-maut-ketika-sambutan-halloween-di-seoul-akibat-rempuhan%2F

Acara pesta Halloween tahun ini juga dikatakan yang pertama di negara tersebut selepas 3 tahun tidak diadakan akibat Covid-19.

8. 24 November 2022 – Anwar Ibrahim Dilantik Jadi Perdana Menteri

Pernah dipecat oleh UMNO dan dipenjarakan, siapa sangka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sinonim dengan jawatan Ketua Pembangkang telah diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Ia susulan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi 82 kerusi bergabung dengan musuh tradisinya, Barisan Nasional (30 kerusi) dan Gabungan Parti Sarawak (22 kerusi).

Fb 3

Pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri telah mendapat pujian dan sokongan yang baik dari negara luar, antaranya Turkiye, Indonesia, Brunei dan negara-negara jiran lain yang mengagumi kewibawaannya dalam memerintah Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat.

9. 16 Disember 2022 – Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

Cuti hujung tahun yang sepatutnya mencipta memori gembira telah bertukar menjadi titik duka apabila tanah runtuh dilaporkan berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada penghujung tahun 2022.

Seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya selamat dan 31 orang terkorban dalam tragedi menyayat hati ini.

Tragedi ini juga dikatakan kejadian kedua terbesar membabitkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Highland Towers pada 1998 lepas yang mengorbankan 48 nyawa.

10. 18 Disember 2022 – Argentina Menang World Cup 2022

Selepas 36 tahun, Argentina akhirnya menamatkan penantian apabila berjaya menjulang trofi Piala Dunia selepas mengalahkan Perancis 4-2.

Kejayaan ini juga menyaksikan pasukan bimbingan Lionel Scaloni itu menamatkan dominasi 20 tahun pasukan Eropah.

Fksejhdxkacverh

Perlawanan ini juga dilabel sebagai perlawanan paling dramatik dalam sejarah apabila Argentina berjaya menumbangkan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat kedudukan 3-3 sehingga tamat 120 minit perlawanan.

Selamat Tahun Baru 2023! Tutup buku lama, kita buka buku baru gais! 

Baca: CNN Senaraikan ‘Merdeka 118’ Sebagai Bangunan Yang Bakal Mengubah Dunia Tahun 2023

Merdeka 118

Sumber: Sabah News
Sumber: LA Times
Sumber: Detik News
Sumber: Kosmo
Sumber: Blog
Sumber: Twitter
Sumber: WikiMedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.