in

Pernah Nak Batalkan Perjanjian, Elon Musk Akhirnya Setuju Beli Twitter Dengan RM 204.1 Bilion

Elon Musk Beli Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Elon Musk baru-baru ini membuat pusingan-U dengan meneruskan hasratnya untuk membeli platform sosial media ke 4 di dunia, Twitter.

Walaupun berhasrat untuk membatalkan pembelian tersebut sekitar bulan Julai lalu, BBC melaporkan lelaki terkaya di dunia tersebut bersedia untuk mengambil alih platform tersebut.


Menerusi surat yang dikirimkan ke Twitter, Musk bersedia dan bersetuju untuk meneruskan pembelian dengan harga yang ditawarkannya sebelum ini dan keputusan mengejutkan itu dibuat beberapa minggu sebelum Musk dan Twitter dijadualkan menghadiri perbicaraan di mahkamah susulan kes saman Twitter terhadap Musk.

Elon Musk 1024X549 1

Sebelum ini, Twitter difahamkan telah menyaman Elon Musk selepas beliau cuba membatalkan pengambilalihan seperti yang dijanjikan.

Dalam surat tersebut, peguam yang mewakili Musk turut memaklumkan bahawa bilionair tersebut bersetuju untuk meneruskan urusniaga sambil menunggu penerimaan pembiayaan dan menamatkan pertikaian undang-undang keatasnya.

Menurut jurucakap Twitter, turut mengesahkan perkara tersebut dan bersetuju dengan cadangan yang diutarakan pihak Musk sambil menambah bahawa pihaknya berhasrat untuk menetapkan transaksi pada AS$54.20 (RM251.43) sesaham, iaitu harga asal yang dijanjikan Musk pada April.

Susulan pengumuman terbaharu tersebut, saham Twitter melonjak lebih 20 peratus kepada lebih AS$52 (RM241.23) sesaham daripada AS$42.

“Membeli Twitter adalah satu kaedah untuk mempercepat penciptaan X, aplikasi untuk segala-galanya” – Elon Musk

Ketika mendedahkan rancangannya untuk memiliki Twitter sebelum ini, Musk menawarkan RM204.1 bilion dan ingin menghapuskan akaun spam di platform berkenaan dan akan mengekalkannya sebagai medium untuk kebebasan bersuara.

Img 4086

Menurut statistik, pengguna Twitter kini mencecah 345 juta orang dan 40% daripadanya aktif di platform berkenaan beberapa kali dalam sehari.

Baca : “Jom balik MySpace” – Netizen Terkejut, Elon Musk Beli Twitter Dengan Harga AS$44 Billion

Untitled Design 2022 04 26T124245.909

Sumber: Free Speech
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.