Rakyat negara jiran kita iaitu Indonesia digemparkan dengan kejadian rusuhan antara penyokong kelab bola sepak semalam. Kejadian terbabit dilaporkan telah mengorbankan 127 nyawa.
Menurut Liputan6, rusuhan itu telah berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia antara penyokong Arema FC dan Persebaya Surabaya.
Difahamkan, keganasan itu berpunca daripada penyokong kedua-dua kelab bergaduh sesama sendiri usai tamat perlawanan.
Dalam perlawanan Liga 1 Indonesia itu, Arema FC tewas 2-3 kepada Persebaya Surabaya.
Rusuhan selepas perlawanan bola sepak di Indonesia. 127 orang setakat ini meninggal dunia. Takziah buat yg kehilangan.🥺
https://t.co/BSRRm2pj0s— 𝕏 (@JeffriMS) October 2, 2022
Difahamkan lagi, dua yang terkorban itu adalah pegawai polis manakala 180 individu dilaporkan cedera.
Memetik laporan Berita Harian, penyokong mula bergaduh apabila ribuan penyokong Arema masuk ke padang selepas pasukan mereka kalah.
Ada juga beberapa pemain bola sepak pasukan Arema juga turut diserang.
Pihak polis juga melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan pergaduhan itu.
Buat masa ini, Liga Indonesia dilaporkan digantung selama seminggu.
Namun, rusuhan seumpama ini bukanlah sesuatu yang baru di Indonesia. Korang boleh tonton dokumentari oleh ABC News ini untuk tahu dengan lebih lanjut.
Sumber: Liputan6, Berita Harian
Baca: Buka Tudung & Lempar Dalam Unggun Api, Ini Apa Yang Berlaku Di Iran Sekarang