Meskipun terpaksa bersengkang mata hingga ke awal pagi gara-gara nak tengok bola, korang pasti rasa berbaloi lepas tengok perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara Argentina dan Perancis semalam kan?
Argentina akhirnya muncul juara semalam pada aksi final ini dengan menyaksikan pasukan itu menang 4-2 ke atas Perancis dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan itu terikat 3-3 sehingga tamat masa tambahan.
#FIFAWorldCup
Winner 🥇 Argentina
Runner-up 🥈 FranceGolden Ball • Lionel MESSI
Golden Boot • Kylian MBAPPE
Golden Glove • Emiliano MARTINEZ#ArgentinaVsFrance pic.twitter.com/7jlIbN5fm5— Current Affairs , GS and Daily Quiz (@CurrentAffair58) December 19, 2022
Messi menang Bola Emas, disarung jubah hitam
Apa yang lebih membanggakan ialah Lionel Messi, bintang pasukan berkenaan telah dipilih memenangi Bola Emas iaitu pemain terbaik Piala Dunia 2022 selepas berjaya membantu Argentina menjadi juara.
Namun ketika acara pemberian trofi, netizen tertarik melihat pemain bola sepak itu telah disarung memakai jubah berwarna hitam dengan jalur emas di bahunya.
Ramai peminat yang tertanya-tanya apakah maksud di sebalik jubah tersebut dan ada juga yang mempertikai mengapa Messi harus dipakaikan jubah itu kerana ia menutup jersi Argentina yang dipakainya.
Fans fume after Lionel Messi's shirt is covered up for Argentina trophy lift. pic.twitter.com/AhG8SfV8Pz
— SPORTbible (@sportbible) December 18, 2022
Beshth: Jubah yang dipakai pahlawan & kerabat diraja Arab
Pun begitu, seorang pengguna Twitter yang juga content creator di media sosial, Tallie Dar menjelaskan bahawa jubah hitam yang disarungkan kepada Messi itu dinamakan ‘Beshth’.
Ia merupakan pakaian tradisional negara tersebut yang mana para pahlawan Arab memakainya selepas mendapat kemenangan, malah kerabat diraja juga dilihat memakainya.
Messi’s black cloak is called a 'Beshth'. Arabian warriors wore it after a victory. It’s also worn by the royal family. King of Qatar honoured Messi as a sign of respect. Signifying Messi as a warrior who won for his country Argentina pic.twitter.com/TMStG6mo57
— Tallie Dar (@talliedar) December 18, 2022
Raja Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani juga dilihat menyarungkan Messi dengan jubah tersebut sebagai satu penghormatan. Ia juga menandakan bahawa Messi sebagai ‘pahlawan’ yang berjaya memenangkan Argentina bagi Piala Dunia ini.
Korang boleh tengok penjelasan selanjutnya di bawah…
The black cloak Lionel Messi wore after winning the World Cup is called Bisht and crowns him as the King of Football. pic.twitter.com/02TzqCeqgB
— Tallie Dar (@talliedar) December 19, 2022
Apa-apapun tahniah buat Messi dan pasukan Argentina kerana memenangi World Cup tahun ini! Good job!
Baca: Ronaldo Menangis Keluar Padang, Impian Piala Dunia Terkubur Di Tangan Maghribi