in

[TERKINI] Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe Meninggal Dunia

Shinzo Abe Died 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe meninggal dunia pada hari ini (8 Julai) selepas ditembak ketika memberi ucapan di Nara, Jepun.

Shizo Abe ditembak dua kali semasa dia memberi ucapan di bandar selatan Nara pagi tadi, dia kemudiannya rebah dan dikejarkan ke hospital terdekat, beberapa gambar yang diambil di tempat kejadian menunjukkan dia mengalami pendarahan.


Pegawai keselamatan di tempat kejadian menangani lelaki bersenjata itu, dan suspek berusia 41 tahun kini dalam tahanan polis.

Dalam sidang media yang penuh emosi sebelum ini, perdana menteri Fumio Kishida memberitahu wartawan bahawa bekas Perdana Menteri Jepun itu berada dalam “keadaan yang sangat teruk”.

“Pada masa ini doktor melakukan segala yang mereka boleh,” kata Encik Kishida yang kelihatan menahan air mata, sambil menambah bahawa dia “berdoa dari hati” agar dia dapat bertahan.

Dia juga mengutuk serangan itu dengan berkata perbuatan itu sangat biadab serta berniat jahat dan ia tidak boleh diterima.

Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana mengesahkan bahawa Abe mengalami luka tembakan di sebelah kanan lehernya, dan juga mengalami pendarahan subkutaneus di bawah bahagian kiri dadanya.

Tidak jelas sama ada kedua-dua tembakan mengenainya, atau jika peluru mengenai lehernya dan terkena ke bahagian lain.

Sumber: CNN 

Baca: Syarikat Jepun Bina Rumah Terapung & Kalis Air, Adakah Ia Akan Jadi Penyelesaian Banjir?

F1 Flood Proof

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.