in

“Pakai Bra Pun Boleh” – Wanita Jepun Ini Kongsi Cara Buat Topeng Muka Dengan Hanya Tiga Langkah Mudah

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan penyebaran wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan, agak sukar untuk kita dapatkan topeng muka di farmasi ataupun klinik yang berhampiran. Lebih parah, ada individu yang tidak bertanggungjawab menjual topeng muka dengan harga yang tidak masuk akal ekoran permintaan yang sangat tinggi.


Kini anda tidak perlu risau lagi, seorang wanita Jepun dengan nama Asahina (@asahinayumeno) ada berkongsikan cara-cara untuk membuat topeng muka dengan menggunakan bra. Unik juga!

1 1

Barang-barang yang diperlukan:
1. Bra baru
2. Benang
3. Jarum

3 langkah mudah:

Esqqp1Juwaa11Zk

1. Gunakan bra yang baru untuk tujuan kebersihan. Kemudian potong bra tersebut kepada dua bahagian.

2. Buang cangkuk pada kedua-dua bahagian tersebut.

3. Jahit bahagian pertama bra tersebut di atas bahagian yang kedua. Siap!

Tweet Asahina itu mendapat 16, 000 ulang kicau dan 70, 000 sukaan di laman Twitter. Namun begitu, keberkesanan rekaan topeng muka ini daripada dijangkiti virus Covid-19 tidak dapat disahihkan.

Buat anda yang buntu untuk mencari topeng muka kerana kehabisan stok, boleh cuba cara ini!

 

BACA: Covid-19: Laman Web Ini Kongsikan Dengan Lebih Terperinci Tentang Lokasi Yang Pernah Dikunjungi Pesakit

Cats 10

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.