in

Ibu Cari Rezeki Di Negara Orang, Bertemu Kembali Dengan Anak Lepas 6 Tahun ‘Berpisah’

Anak 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengorbanan seorang ibu yang kadang-kadang perlu membuat apa sahaja demi keselesaan anak-anak. Ada ibu yang perlu bekerja jauh dan tanggung kesusahan sendiri asalkan anak-anak tidak merasai perkara yang sama.


Beberapa hari lepas, tular di TikTok, hantaran video yang dimuat naik oleh @mummynada memaparkan detik bahagia antara ibu dan anak-anaknya bertemu setelah enam tahun berpisah.

@mummynada

2 3 hari ni menangis je.. kjp nangis, kjp gelak… Moga Allah merahmati kami sekeluarga… Amin.. #motherlove #son #family #merantau_jauh_demi_keluarga #merantaukenegriorang #fyyp #fypシ #fypシ゚viral #fyp #gofyp

♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙

6 tahun kerja di Australia

Bercakap kepada Lobak Merah ibu mereka yang bernama Azura bekerja enam tahun di Australia pulang ke rumah dan memberi kejutan kepada dua orang anak lelaki yang bernama Asmara dan Arjuna.

Azura sewaktu itu sedang baring di atas kerusi ruang tamu rumah sambil menunggu anak-anak perasan akan kehadirannya. Salah seorang daripada mereka mengintai siapakah yang baring di kerusi itu sebelum mereka terkejut melihat ibu di depan mata.

Artikel berkaitan: “Pengorbanan seorang ibu!” – Wanita Berniaga Nasi Lemak RM1, Kuat Walaupun Sarat Mengandung

Artikel berkaitan: “Dia baru umur 8 tahun” – Kawan Sekolah Panggil Anak Gemuk, Norreen Beri Nasihat Kepada Ibu Bapa

Tergamam dengan apa yang berlaku, Asmara berkali-kali membandingkan wajah ibunya yang berada di depan mata dengan gambar ibunya di telefon.

Anak-anak tak cam wajah bonda. Selalu video call tapi anak masih tak pasti.

Selepas Asmara dan Arjuna sedar bahawa situasi itu bukanlah mimpi, mereka terus memeluk ibu mereka dan menangis kerana sudah bertahun-tahun tidak bertemu.

Berpisah ketika anak masih kecil

Difahamkan, Asmara dan Arjuna berpisah dengan ibu mereka sejak umur dua dan lima tahun. Disebabkan jauh, mereka selalu video call bersama-sama dan ibu mereka selalu mengirimkan hadiah semasa hari raya dan ulang tahun.

Every raya, every birthday bonda mesti akan selalu kirimkan hadiah untuk anak-anak. Bonda is so tough. Did all she could, just to make sure your life is good.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen terharu melihat situasi dalam video itu.

Anak 1 Anak 2 Anak 3 Anak 4

Mesti dorang rindu pelukan seorang ibu..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.