in

“I nak jumpa you semula” – Shuib Sebak Bagi Ucapan Birthday Arwah Siti Sarah

Ft Shuib Sebak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejam celik, pejam celik dah setahun berita dukacita terhadap pemergian bintang terkenal Allahyarham Siti Sarah Raissudin, pasti ramai peminat  tidak dapat menahan rasa rindu terhadap arwah apatah lagi orang terdekat seperti Shuib.

Hari ini, merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah Siti Sarah dan ucapan itu disampaikan oleh suaminya itu yang juga merupakan penyampai radio Suria FM dan ia mendatangkan rasa sebak terhadap peminat.


Ketika ucapan itu dibuat, dapat dilihat yang Shub sendiri tidak mampu menahan air mata saat melafazkan ucapan dan memberikan kata-kata indah dalam segmen Morning Morning Suria.

“I sayang you, I ada impian yang cukup besar. I nak jumpa you semula, Insya Allah. Doakan I ke jalan itu. I pernh cakap nak you jadi bidadari I, Happy birthday Siti Sarah Raissudin.”

Dalam pada itu, Shuib sempat mengimbau kenangan ketika mereka hidup bersama sebagai pasangan suami isteri. Bagi Shuib, ia adalah satu kenangan yang cukup indah.

“Jika masih hidup umurnya sekarang 38 tahun. 11 tahun yang cukup indah bersama. Kalau dulu perkataan kenangan itu hanyalah biasa sahaja, tetapi sekarang sangat luar biasa.”

https://www.instagram.com/p/CigqYymgq6y/

Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada tahun 2011, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,10 Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 1 tahun.

Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lepas di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, KL akibat Covid-19.

Baca : “Ampunkan dosa-dosa I daddy eh” – Raih 1 Juta View Dalam 3 Hari, Perbualan Terakhir Arwah Siti Sarah Buat Ramai Sebak

Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.