in

Hilang Hak Atas Harta Suami Lepas Meninggal, Ini 5 ‘Sengsara’ Para Isteri Perlu Ready

Fi Hibah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehidupan berumah tangga bukannya satu perkara yang mudah. Banyak tanggungjawab yang perlu dijalankan sama ada oleh si isteri mahupun si suami.

Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah sangat luas termasuklah nafkah yang perlu diberi oleh suami kepada isteri dan anak-anak. Pun begitu, korang tahu tak sebenarnya isteri bakal hilang hak dan tak boleh guna harta suami untuk diri sendiri sejurus sahaja suami meninggal dunia?


Satu perkongsian di laman Twitter ini telah menceritakan satu kisah di mana seorang isteri hilang hak ke atas harta suami kerana ia secara automatik menjadi harta pusaka selepas suami meninggal dunia.

Komen Hibah

Menurut kisah ini, isteri tersebut memang tidak mempunyai duit langsung kerana semuanya ada di dalam akaun bank arwah suaminya sehingga dia buntu untuk mencari jalan bagi meneruskan hidup.

Namun, situasi sebegitu dikatakan normal kerana apabila seseorang itu meninggal, akaun bank akan dibekukan dan proses keluar masuk duit akan disekat oleh pihak bank sehingga ada waris dalam yang datang kemukakan dokumen berkaitan untuk keluarkan duit tersebut.

Selain itu, kewajipan untuk memberi nafkah akan terhenti apabila suami meninggal dunia. Jadi, si isteri tidak boleh menuntut nafkah daripada harta pusaka arwah suami melainkan sewaktu hidupnya, si suami tidak memberi nafkah, isteri boleh menuntut nafkah tertunggak itu di Mahkamah Syariah.

Oleh hal yang demikian, para isteri dinasihatkan untuk bersiap sedia bagi menghadapi 5 ‘sengsara’ ini lepas kematian suami:

  1. Sebelum proses faraid selesai, si isteri tiada hak untuk gunakan wang dalam akaun arwah suami untuk kegunaan sendiri walaupun isteri tahu nombor pin ATM suami.
  2. Wang dalam KWSP arwah suami bukanlah hak mutlak isteri walaupun isteri merupakan penama kerana isteri hanyalah Wasi (orang yang dilantik) untuk menguruskan wang bagi proses faraid. Isteri hanya berhak mendapat 1/8 sahaja daripada bahagian tersebut.
  3. Isteri perlu bersedia untuk mencari wang sendiri bagi teruskan hidup bersama anak-anak sebelum proses faraid selesai.
  4. Isteri perlu sediakan wang bagi menebus harta daripada pihak lain yang berhak ke atas harta faraid, contohnya rumah yang tersimpan segala kenangan bersama suami, kereta dan lain-lain.

Oleh hal yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk mengingatkan isteri masing-masing agar mereka sempat untuk bersiap sedia berdepan dengan situasi ini.

Pada pendapat min, isteri pun perlu ada simpanan sendiri sebagai persediaan agar tidak terduduk pada hari mendatang.

Baca: Pendapatan Isteri Lebih Tinggi Punca Suami Stress? Ramai Netizen Tak Setuju Kajian Ini

Baca Hibah

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.