in

Hilang Dalam Hutan: Misteri Hassan Ayat Ghaib 10 Tahun di Gunung Yong Yap, Tinggalkan Sajak Penuh Tanda Tanya

Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mengikuti kisah kehilangan Ashraf Hassan iaitu peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) baru-baru ni, sedar tak sedar sudah 11 hari berlalu dan mangsa masih tidak ditemui sehingga sekarang.


Pelbagai cara telah diikhtiarkan, namun semuanya menemui jalan buntu. Kisah kehilangan Ashraf ini sebenarnya mengingatkan segelintir netizen akan misteri kehilangan yang sama berlaku hampir 10 tahun lalu.

Image
sumber: utusan online

Hassan Ayat Zainudin yang ghaib pada tahun 2009 di Gunung Yong Yap ini masih tak ditemui sehingga sekarang. Lebih misteri dari Ashraf, Hassan meninggalkan sepotong sajak penuh tanda tanya buat semua.

 

“Kejadian berlaku tahun 2009 dekat Gunung Yong Yap… Waktu Hassan hike ni ada 13 orang line up ikut dia”

Menerusi perkongsian seorang netizen di Twitter, Hassan yang berusia lewat 20-an ini merupakan seorang hikers kental dan expert dalam aktiviti hiking ini. Dia bersama 13 orang rakan telah naik ke Gunung Yong Yap yang terletak bersempadan dengan Kelantan dan Perak.

Kisah 1
sumber: twitter

 

“Waktu turun ni sorang sahabat mintak kebenaran dari Hassan nak pintas dia sebab Hassan jalan slow punca masalah lutut”

Kisah 2
sumber: twitter

 

“Mencari Hassan adalah keutamaan, tapi bawa hikers lain ke tempat selamat adalah jalan untuk kurangkan risiko”

Kisah 3
sumber: twitter

 

“Pihak SOS cakap segala ceruk depa dah cari, sahutan dibuat tapi takda balasan”

Kisah 4
sumber: twitter

 

“Waktu ni mak ayah Hassan pun ikut sekali naik Yong Yap dengan ustaz”

Sar 1

Kisah 5
sumber: twitter

 

“Sebelum Hassan hilang dia ada tulis sajak. Hanya Hassan dan Allah saja tau apa yang jadi dengan dia”

Ayat 1

D3Gsh Yu4Aaql5E

Ayat

Sajak

C4Tfs8Wueaqs Df

C4Tfs8Zumai1Ijj
sumber: twitter

Menerusi balasan dari tweet tersebut, salah seorang netizen siap berkongsi gambar tapak kaki Hassan yang ditemui di kawasan gunung tersebut. Yang peliknya menerusi puisi di atas, Hassan tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke gunung itu sebelum ini.

Namun penceritaannya di dalam puisi tu mengenai topografi gunung tersebut on point, macam dia pernah datang ke situ sebelum ini.

Tapak Kaki
sumber: twitter

Meremang kan? Bagi mereka yang pergi hiking itu, admin nasihat persiapkanlah diri dengan doa dan jangan berlagak berani kalau berada di dalam hutan. Hutan dan misteri alam ghaib ini luas, kita tak tahu apa yang menanti kita di luar sana.

Baca: “Acap balik cap mak dekat sini, nampak mak tak?” – Rayuan Ibu Supaya Ashraf Pulang Buat Netizen Sebak

Acap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.