in

“Acap balik cap mak dekat sini, nampak mak tak?”-Rayuan Ibu Supaya Ashraf Pulang Buat Netizen Sebak

Featured

Meski sudah lebih seminggu Ashraf Hassan, 29 tahun peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) hilang, selepas Juruteknologi Makmal Perubatan yang bertugas di Pejabat Kesihatan Muar itu tidak muncul-muncul di garisan penamat meskipun dia berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25 km.

Menurut hmetro, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap diteruskan dalam skala yang kecil walaupun Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah ditutup pukul 1 tengahari pada Sabtu.

41553660927 Peserta
Sumber : google

Malah penduduk kampung, orang awam dan Penganjur GUT turut membantu dalam misi mencari dan menyelamatkan Acap.

Pelbagai spekulasi timbul namun rata-rata mencapai konklusi bahawa besar kemungkinan Acap telah masuk ke ‘alam’ lain dan disorokkan makhluk halus.

Screenshot 2019 03 31 11 45 34 707 Com.android.browser
Sumber : google

55462968 1474939422639069 4925551155993378816 N 29 44 907903

Jadi ada yang menyuarakan pendapat supaya ibu nya sendiri, Siti Maznah Khamis, 62 tahun pergi ke lokasi kejadian, melakukan solat sunat hajat dan memanggil anaknya itu.

Video wanita itu memanggil dan merayu supaya Acap pulang di lokasi pencarian yang dikongsikan Denny Lang di facebook benar-benar buat netizen sebak :

 

Mak sini cap…nampak mak tak cap! Kuat cap.

Posted by Denny Lang on Sunday, March 31, 2019

 

Acap tolong mak Cap, sikit lagi cappp

Posted by Denny Lang on Sunday, March 31, 2019

 

Acap bukan kat sana…sini capppp!

Posted by Denny Lang on Sunday, March 31, 2019

Video yang dimuatnaik Denny Lang sejak semalam sehingga kini telah mendapat 3.4k likes dan lebih 12k shares.

Rata-rata netizen sebak mendengarkan suara ibu Acap yang memanggil anaknya dan meminta supaya Acap kuat kembali ke pangkuannya.

 

Sedihnya dgr suara makcik, semoga segalanya dipermudahkan

44

“Kuat makcik, Acap akan balik dengan izin Allah..”

55

Semoga cipermudahkan urusan mencari dan menyelamat Acap dan semoga dia ditemui dalam keadaan selamat.

Baca : Acap kat manalah kau sekarang? Peserta Larian Hilang Secara Misteri, Netizen Spekulasi Mungkin Ada Kaitan Makhluk Halus

Pic