in

Hidap Macam-macam Penyakit, Tak Sangka Gadis Ni Plan Bunuh Ibu Kandung Dengan BF Sebab…

Kill Your Mom Kid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang minat baca tentang kisah pembunuhan dan rahsia di sebalik minda seorang pembunuh, kisah ni maybe akan menarik perhatian korang.


Menerusi satu thread di Twitter, ia mengisahkan satu kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 2015 yang melibatkan remaja bernama Gypsy Rose Blanchard yang dikatakan membunuh ibunya, Clauddinnea “Dee Dee” Blanchard.

 

Dilahirkan normal tapi lepas emak bercerai, tiba-tiba jadi berpenyakit?

Kisah hidup malang Gypsy ni bermula lepas kedua ibu bapanya bercerai dan dia pulak tiba-tiba disahkan menghidap macam-macam jenis penyakit. Penyakit ni bukan penyakit biasa-biasa. Semua jenis penyakit serius macam leukimia, rosak otak, penyakit kromosom dan macam-macam lagi.

Gypsy 1
sumber: twitter
Gypsy 2
sumber: twitter

Gaduh dengan emak, ajak BF bunuh di rumah sendiri 

Semacam ada perkara yang buat dia tak puas hati dengan mak dia, lepas gaduh pada satu malam tu, Gypsy terus plan nak bunuh mak dia dengan BF yang dikenali online. Tapi yang peliknya, lepas bunuh je Gypsy…

Gypsy 3
sumber: twitter

 

Polis terkejut ‘budak sakit’ tiba-tiba boleh jalan macam biasa rupanya… 

Di sebalik pembunuhan Dee Dee Blanchard, rupanya ada rahsia hitam yang emak kepada budak ni cover supaya orang lain tak tahu. Anaknya tak sakit tapi emaknya yang sebenarnya sakit!

 

“Mak dia reka semua penyakit tu, even botakkan kepala Gypsy supaya nampak macam orang sakit…” 

Reka Penyakit
sumber: twitter

 

Happy duduk dalam penjara dari duduk dengan mak sendiri

Lepas semuanya terbongkar, Gypsy akhirnya mengaku bersalah membunuh emaknya sendiri pada Julai 2016 lalu. Dia sekarang tengah jalani hukuman 10 tahun penjara kat Missouri’s Chillicothe Correctional Center dan BF dia pulak kena penjara seumur hidup.

Gypsy jugak mengaku, lepas beberapa tahun duduk dalam penjara, hidup dia lebih happy sekarang dari duduk dengan mak dia yang tiap-tiap hari kena dera dan pretend jadi orang sakit. Kesiannya… 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut kisah Gypsy ni, boleh je tengok kat Youtube. Baru lagi feel! 

Scarynyaaa dapat parents macam tu. Tak pasal-pasal anak pun jadi gila sebab emaknya gila. 

Baca: Kajol Dicurangi, Ni Pendedahan Ke’miang’an Ajay Devgan Dari Zaman Bujang

Ajay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.