in

Hanyalah Avatar, Social Media Influencer Dari Korea Selatan Ini Sebenarnya Bukan Manusia?

F2 Smi Rozy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain doktor dan jurutera, antara kerjaya yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat ialah YouTuber dan social media influencer sebab ramai yang berminat nak jadi terkenal. Rasanya tak salah pun kalau cita-cita korang nak jadi famous tapi kena lah jaga adab dan tatasusila sebagai manusia.


Namun, personaliti media sosial dari Korea Selatan ini pula bukan calang-calang orang sebab dia sebenarnya bukan manusia! Menurut Indian Express, influencer wanita yang diberi nama Rozy ini merupakan avatar yang direka oleh Sidus Studio X iaitu syarikat produksi yang mempunyai kepakaran dalam bidang animasi, filem dan karakter video.

Dia dah ada lebih 80 ribu pengikut tau di Instagram dan menerusi gambar-gambar yang dikongsikan di Instagramnya juga, memang dia nampak macam manusia normal yang lain.

Avatar Rozy ini difahamkan telah diperbuat menggunakan CGI dan dia mempunyai hampir 800 ekspresi muka dan pergerakan yang didapatkan daripada seorang pelakon melalui teknologi pemodelan 3D.

Menurut syarikat tersebut juga, pada tiga bulan pertama akaun Instagram Rozy itu dibuka, tak ada seorang follower pun yang perasan bahawa gambar wanita di akaun itu bukanlah manusia sebenar.

Setakat ni, Rozy dah berjaya mendapatkan tajaan daripada pelbagai jenama popular. Buat masa ini, Rozy hanya mampu bergambar dan buat beberapa pergerakan dalam video namun pada masa akan datang, syarikat pengurusannya merancang untuk memberi suara kepadanya sebab mereka mahu Rozy tampil dalam rancangan di televisyen.

Yang menariknya, Rozy tak akan tua dan dia juga tak akan terpalit dengan mana-mana kontroversi sebab dia bukannya ada perasaan pun kan.

Sumber: Indian Express, Instagram @rozy.gram

Baca: ‘Influencer’ Belanja RM623k Buat Pembedahan Plastik Agar Rupa Macam Jimin BTS

Smi Rozy 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.