in

“Hanya sekadar membalas budi” – Dato Vida Menjerit, Menangis Bekas PA Belikan Handbag Limited Edition RM30,000

Dsv Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Seri Vida kan? Usahawan wanita popular itu seringkali menjadi perhatian netizen terutamanya dalam celoteh melayan anak perempuannya, Cik B.


Walaupun memiliki kehidupan yang mewah, namun insan bernama Ahmad Iqbal Zulkefli berjaya membuatkan DSV tidak mampu menahan air mata selepas dia menghadiahkan beg tangan berjenama mewah yang bernilai RM30,000! Wow! Mana nak cari pekerja macamtu!

Melalui Instagram, bekas pembantu peribadai DSV itu ada kongsikan sebuah video menunjukkan dia memberi kejutan kepada usahawan kosmetik terbabit dengan membelikan beg tangan jenama mewah tersebut. Katanya, dia terfikir nak beli lepas ternampak DSV ‘usha’ handbag Dior tersebut melalui handphone.

Saya tanya beliau, (DSV) kenapa dah ada beratus beg pun tetap mahukan yang itu?” Limited edition dan sangat unik, jawabnya. Saya tidak tahu pula, rupanya beliau berdoa untuk memiliki beg ini.”

Tanpa berlengah, semalam saya terus ke butik Dior Pavilion. Terus saya beli.”

Tonton video di bawah:

View this post on Instagram

Malam semalam, saya ada ternampak @datoserivida memerhati satu gambar beg tangan di telefonnya. Saya tanya beliau, kenapa dah ada beratus beg pun tetap mahukan yang itu?” Limited edition dan sangat unik, jawabnya. Saya tidak tahu pula, rupanya beliau berdoa untuk memiliki beg ini. Tanpa berlengah, semalam saya terus ke butik Dior Pavilion. Terus saya beli. Niat awalnya saya mahu berikan emas, tetapi Dato Seri Vida dah biasa dengan emas. Mahu belikan jam, pun sudah banyak. Ada satu niat saya belum tercapai, ingin hadiahkan beliau kereta idaman namun belum tercapai; kerana nilainya agak tinggi RM2juta. Insha Allah, suatu hari siapa tahu jika ada rezeki. Sejujurnya saya rasa bersalah, tidak dapat membantu di saat beliau memerlukan, oleh kerana saya terlalu sibuk. Banyak niat saya ketika awal mengenali beliau, belum tercapai. @datoserivida banyak berjasa pada saya. Saya tidak lupa. Nota kepada diri saya sendiri dan saudara semua : Jika suatu hari kita semua diberi rezeki yang melimpah, usah lupa jalan-jalan yang membuatkan kita naik dari satu ke satu tingkat. Kita bukan hanya perlu ada buku akaun duit keluar masuk, namun buku yang tertulis nama-nama orang yang berjasa.

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli) on

 

Hanya mahu membalas jasa

Kata Iqbal, niatnya hanya mahu membalas jasa DSV selama ini yang sudah banyak membantunya. Kalau nak diikutkan, kata Iqbal memang tak akan terbalas jasa DSV terhadapnya.

Handbag itu sekadar hadiah ‘kecil’ dan impiannya adalah untuk membelikan DSV kereta idamannya bernilai RM2 juta.

Ada satu niat saya belum tercapai, ingin hadiahkan beliau kereta idaman namun belum tercapai; kerana nilainya agak tinggi RM2juta. Insha Allah, suatu hari siapa tahu jika ada rezeki.”

Dsv

Ramai netizen memuji sikap Iqbal kerana ingat dengan orang yang pernah membantunya selama ini. Selain itu, mereka turut mendoakan rezekinya dan berharap agar dia terus merendah diri seperti sekarang ini.

Baca: “Alololo comelnya” – [VIDEO] Cik B Bagi Bunga Pada DSV Sempena Hari Ibu, Tapi ‘Reaction’ DSV Kelakar Habis

Feature 3 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.