in

“Alololo comelnya” – [VIDEO] Cik B Bagi Bunga Pada DSV Sempena Hari Ibu, Tapi ‘Reaction’ DSV Kelakar Habis

Feature 3 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ramai yang buat surprise dekat ibu masing-masing sempena dengan Hari Ibu kan. Ada yang bagi hadiah handbag, handphone dan macam-macam lah untuk tunjukkan kasih sayang kita dekat mak. 


Namun, ada lagi suprise yang rare! Korang kena tengok video Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen buat kejutan dekat Dato Sri Vida dengan menghadiahkan jambangan bunga dekat mamanya.

Dalam video terbabit, remaja yang berusia15 tahun ini pada mulanya nak buat kek untuk DSV tapi tak jadi sebab rupanya dia tak tau cara nak baking. So, Cik B pun ambil keputusan untuk menghadiahkan jambangan bunga dekat mamanya.

Cik B 1

Yang paling rare, ingatkan dia nak pergi beli bunga, rupanya dia kutip je bunga hiasan yang ada di sekitar rumah untuk dijadikan hadiah Hari Ibu buat Dato’ Sri Vida. 

DSV pula dilihat menerima hadiah tersebut dengan ikhlas sebab usahawan kecantikan tersebut tersenyum dan nampak gembira dengan kejutan dari Cik B walaupun dia tahu yang bunga tersebut merupakan bunga hiasan rumah. Adoi, kelakar jugak dorang anak beranak ni kan. 

Cik B 2

Ni bunga mama ni – DSV 

Cik B 3

Ramai netizen juga yang kagum dan tersentuh sebab Dato Sri Vida juga telah meletakkan jambangan bunga hadiah dari anak perempuannya itu di dalam pasu biliknya. Baru lah betul menghargai kan. 

Cik B 7

Itu lah kasih seorang ibu kan. Bagi admin, harga sesebuah hadiah tu tak penting pun, yang penting hadiah tu nak tunjukkan orang tu ingat kat kita. 

Baca: “Kami Stan” – Netizen Salute Cara Cik B Troll Balik Diva AA

Cik B

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.