in

Hanya Pakai Kereta Kancil Lama, Wanita Hadiahkan Ibu Ayah Kereta Baru Raih Sebak Netizen

Kereta 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu video yang tular di TikTok memaparkan momen bahagia keluarga @kakpaten_kp apabila dia menghadiahkan sebuah kereta baru untuk ibu dan ayahnya.


@kakpaten_kp

alhamdulilah slh satu niat sy tercapai..syukur ya allah suprise suprisemakayah suprisekereta suprisemakayahkereta

♬ original sound – kakpaten_kp – kakpaten_kp

Buat content TikTok sebelum pass kunci

Bercakap kepada Lobak Merah, wanita yang bernama Kak Paten itu membuat kejutan kereta baru untuk ibu dan ayahnya ketika makan bersama keluarga di sebuah restoran di Ipoh. Selepas makan, dia dan ibu ayahnya membuat video TikTok sebelum dia memberikan kunci kereta tersebut ke tangan ibunya.

Konon ajak mak ayah buat content TikTok tapi nak pass kunci..

Dapat dilihat ibunya tertanya-tanya kunci apa yang dipegang lalu ayahnya membunyikan kereta baru itu dari jauh. Terharu diberikan kereta baru, ibu dan ayahnya menangis dan mereka memeluk Kak Paten.

Artikel berkaitan: “Menghargai tak perlu banyak wang” – Suami Buat ‘Surprise’ Untuk Isteri, Sambut ‘Anniversary’ Di Rumah

Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Tersentuh Tengok Anak Buat ‘Surprise’ Hadiahkan Kereta Sampai Mak Ayah Menangis

Nak yang terbaik untuk mak ayah

Sebelum ini,kereta ibu dan ayah Kak Paten selalu mengalami kerosakan. Kadang-kadang kereta tersebut ‘mati’ di tengah jalan, ketika hujan dan panas serta di simpang jalan.

Sejak kecil, dia melihat sendiri kepayahan ibu ayahnya berkorban melakukan apa jua cara demi membesarkan anak-anak.

Masa kecil, kami balik kampung beraya naik lori 12 tayar yang ayah bawa. Tak pernah sekali mak ayah merasa kereta baru sepanjang perkahwinan. Kadang-kadang kami naik bas balik kampung atau tumpang mak cik.

Dia juga mengakui mereka bukanlah daripada keluarga yang senang. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menghadiahkan sebuah kereta baru yang lebih selesa untuk kedua-dua orang tuanya.

Ada rezeki, Kak Paten nak senangkan mak ayah. Ada rezeki lebih, belikan mak ayah kereta.

Dalam kapsyen hantaran itu, dia juga menyatakan rasa syukur kerana niatnya untuk memberi hadiah tersebut telah pun tercapai.

Alhamdulillah salah satu niat saya tercapai.. syukur ya Allah.

Menyingkap di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak sehingga ada yang mengalirkan air mata setelah menonton video tersebut. Mereka juga berdoa agar Kak Paten dan keluarganya sentiasa dimurahkan rezeki.

Kereta 1 Kereta 2 Kereta 3

Moga sis ni dimurahkan rezeki selalu!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.