in

“Menghargai tak perlu banyak wang” – Suami Buat ‘Surprise’ Untuk Isteri, Sambut ‘Anniversary’ Di Rumah

Dinner 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya kita akan mengupah orang untuk membuat kejutan kepada pasangan sempena ulang tahun perkahwinan namun lain pula cara lelaki ini, dia berusaha membuat surprise itu sendiri dengan menyediakan makan malam istimewa ala candle light dinner sementara si isteri tiada di rumah.


@dik_wan96

sory typo tarikh dlm video .. 23.10 tau bukan 23.12 🤭 Menghargai tak perlu banyak wang .. 🫰#aniversary

♬ My Memory Piano Winter Sonata Ost (Cover) – Lekson

 

Kongsi sebungkus speghetti & sepotong kek

Hanya menggunakan meja makan di rumah, lelaki ini pada awalnya menyusun rapi pinggan-pinggan di atas meja lalu meletakkan speghetti berharga RM9 yang dibeli dari kedai.

Makanan yang dibeli itu hanyalah sebungkus tetapi dia membahagikan hidangan itu sama rata ke dalam dua buah pinggan. Memahami si isteri tidak gemar air manis, dia hanya mengisi air kosong sejuk ke dalam gelas.

Selain itu, dia juga membeli sepotong kek berharga RM12 untuk dikongsi bersama isteri.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Tersentuh Tengok Anak Buat ‘Surprise’ Hadiahkan Kereta Sampai Mak Ayah Menangis

Artikel berkaitan: [VIDEO] Buat ‘Surprise Birthday’ Isteri, Suami Letak Duit Merata Dalam Rumah Macam ‘Treasure Hunt’

Tabur kelopak bunga, susun lilin kecil

Untuk kelihatan lebih special dan romantis, lelaki ini membeli sebungkus kelopak bunga ros segar dan beberapa lilin kecil yang berharga tak sampai RM6!

Dia menabur kelopak bunga ros segar dan susun lilin-lilin tersebut di atas meja dan di sepanjang laluan dari pintu masuk rumah ke meja makan.

Surprise menjadi!

Saat yang dinanti-nantikan telah tiba apabila si isteri sudah pulang ke rumah. Suasana menjadi lebih romantis pada ketika itu kerana lampu rumah ditutup dan hanya lilin-lilin malap menerangi laluan dari pintu masuk ke meja makan.

Si isteri dilihat terharu dengan kejutan istimewa tersebut lalu memeluk suaminya sambil menangis sebagai tanda terima kasih. Mereka akhirnya menjamu selera bersama-sama di meja makan.

Tak perlu mengeluarkan belanja beratus-ratus, lelaki ini berjaya membuatkan suri hatinya rasa dihargai dengan sambutan kecil tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan effort yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut.

Dinner 1 Dinner 2 Dinner 3

Sweetnya pasangan ni! Moga sampai syurga!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.