in

“Hanya latihan penerbangan biasa” – 16 Pesawat Tentera China Masuki Ruang Udara Malaysia, Ini Respon Kedutaan Besar China

Pesawat China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara milik China iaitu People’s Liberation Army-Air Force (PLAAF) telah dikesan memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional, pada Isnin lepas.


Menurut Kosmo, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad  menerusi kenyataan rasminya semalam berkata, penerbangan pesawat-pesawat milik PLAAF itu telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

195265548 10162215569789572 1172884997280203351 N

Ackbal juga memberitahu, pemantauan menerusi radar pertahanan udara diteruskan ke atas pesawat-pesawat tersebut disamping beberapa percubaan untuk arahkan mereka hubungi kawalan trafik udara Kota Kinabalu FIR.

Apabila arahan tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan Kota Kinabalu FIR menghala ke ruang udara nasional, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas pada pukul 1.33 petang untuk melakukan identifikasi visual.

“Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 iaitu pesawat pengangkut strategik yang berupaya melaksanakan pelbagai misi,” katanya lagi.

195265544 10162215569324572 5217782498490147403 N

194615578 10162215569429572 1094174378096004216 N

Menurut Ackbal, insiden ini merupakan perkara serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara dalam laluan penerbangan di dalam Kota Kinabalu FIR.

 

“Kapal terbang China hanya menikmati kebebasan penerbangan di ruang udara berkenaan” 

Walau bagaimanapun, Kedutaan Besar China di Malaysia menerusi jurucakapnya mendakwa, tindakan 16 pesawat tentera republik itu memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada Isnin lepas hanya sebagai latihan penerbangan biasa.

Kesemua 16 pesawat PLAAF itu juga tidak langsung menyasarkan mana-mana negara, katanya, lapor Astro AWANI.

191624952 10162215569574572 755910625327009569 N

Menurut undang-undang antarabangsa, kapal terbang tentera China itu hanya menikmati kebebasan penerbangan di ruang udara berkenaan.

“Malah, sepanjang latihan tersebut, pesawat tentera China itu mematuhi undang-undang antarabangsa yang berkaitan dan tidak memasuki ruang udara wilayah mana-mana negara lain,” katanya.

Dakwanya lagi, tiada apa yang perlu dicurigakan kerana Malaysia dan China adalah ibarat jiran yang mesra.

China dan Malaysia adalah negara jiran yang ramah mesra, dan China bersedia untuk meneruskan rundingan persahabatan dua hala dengan Malaysia untuk bersama-sama menjaga keamanan dan kestabilan serantau,” katanya.

Dalam pada itu, Wisma Putra katanya akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung insiden tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF itu sebagai ‘pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia’.

 

Baca: “Jangan palatao” – [VIDEO] Kelibat Pesawat Israel Di Ruang Udara Putrajaya Timbul Tanda Tanya, Ini Jawapan Bekas Juruterbang TUDM

Palatoi

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.