Sejak berlaku ketegangan yang melibatkan Palestin dan Israel, rakyat Malaysia tak putus-putus berikan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mempertahankan hak mereka.
Baru-baru ini pula, dipercayai pesawat Israel kelihatan di ruang udara Putrajaya sampai buat ramai orang tertanya-tanya, diorang buat apa kat situ? Nak intip kita ke? Nak serang kita ke? Macam-macam persoalan yang timbul.
Cuma jalankan ujian penerbangan
Disebabkan banyak persoalan yang timbul di media sosial, seorang Youtuber memuat naik satu video di Youtube semalam untuk berikan pendapat peribadinya tanpa mewakili mana-mana organisasi terutamanya badan ketenteraan di Malaysia tentang kelibat pesawat Israel di ruang udara Malaysia.
Lelaki yang dikenali sebagai Raeiz Hamed yang merupakan bekas juruterbang TUDM ini beritahu pesawat Israel yang katanya memasuki ruang udara Malaysia hanyalah sekadar pesawat komersial yang dipercayai sedang menjalankan ujian penerbangan di Singapura dan tidak mengundang apa-apa ancaman kepada negara.
“Dah beribu-ribu pesawat komersial yang lalu dekat ruang udara kita sebelum ni, tapi sebabkan ketegangan yang berlaku baru-baru ini yang buatkan kita semua tiba-tiba takut.”
Lelaki ini memaklumkan yang setiap pesawat yang lalu di ruang udara akan ikut laluan udara antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Dan sebab itulah kita lihat pesawat Israel yang nak pergi ke Singapura, dia lalu ruang udara Malaysia. Dah memang itu jalan dia, memang kena ikut la kan.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya ruang udara di mana-mana negara bukanlah milik mereka sepenuhnya. Maksudnya mana-mana pesawat boleh lalu dengan memaklumkan kepada trafik tanpa perlu minta kebenaran dari trafik ruang udara di negara itu
Lagipun, pesawat komersial Israel itu memang langsung tak keluar dari laluan udara antarabangsa yang ditetapkan. So, korang tak perlu risau lah.
Jangan buat ‘palatao’
Lelaki ini juga bengang bila ada netizen di media sosial yang buat ‘palatao’ cakap pesawat Israel itu sudah sembur bahan kimia serta virus di ruang udara Malaysia siap cakap ATM tak buat apa-apa dekat pesawat Israel itu.
“Mana korang tahu ATM tak buat apa-apa?”
Bekas juruterbang TUDM ini menceritakan yang mana-mana pesawat yang memasuki ruang udara Malaysia akan dipantau oleh TUDM dan sekiranya mereka keluar dari laluan udara antarabangsa yang ditetapkan, pihak TUDM akan segera menghalau pesawat tersebut dari ruang udara Malaysia.
“Korang kalau tak ada ilmu tentang ni, stop la buat palatao.”
Kalau korang rasa benda tu tak betul, tolong la jangan share ye.
Sumber: Raiez Hamed
Baca:Rekod Paling Buruk Dalam Sejarah, Israel Catat Kerugian Melebihi RM8 Bilion