in

“Untuk meningkatkan kesedaran” – Penjelasan Sebenar Surat ‘Strict Lockdown’ Lepas PKP 2.0 Yang Tular Baru-baru Ini

Surat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sabtu (23/1/2021) lepas, viral satu surat tidak rasmi berkenaan dengan amaran yang diberikan Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) dalam satu surat kepada ahlinya


Dalam surat itu menyatakan bahawa, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, iaitu dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi akan dilaksanakan jika kes Covid-19 tak turun lepas 4 Februari kelak.

Menurut Astro Awani, ia dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim Ali sewaktu mesyuarat bersama EuroCham.

 

Beliau memberitahu bahawa, Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pendirian jelas tentang penutupan sepenuhnya ekonomi.”

Dalam surat itu, turut menyatakan bahawa sektor asrama pekerja dan aktiviti berkaitan seperti pengangkutan serta aktiviti sosial dikenal pasti sebagai punca masalah.

Syarikat perlu melantik sekurang-kurangnya seorang wakil HR untuk menyelaras pekerja dan pekerja asing di asrama bagi mengurangkan pergerakan serta aktiviti sosial.

Eselqbxucaerh E

 

Tidak ada disebut mengenai penutupan ekonomi serta-merta selepas 4 Februari – EuroCham

Disebabkan penularan surat ini telah mendatangkan kebimbangan orang ramai, EuroCham tampil memberi keterangan sebenar.

Lapor Berita Harian, apa yang dinyatakan adalah merujuk penekanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang meminta semua kekal fokus memainkan peranan bagi memastikan satu lagi PKP dielakkan.

Tambah EuroCham lagi, perbincangan tidak rasmi itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana komuniti perniagaan dapat memainkan peranan penting dalam meratakan keluk COVID-19 dan kesan ekonomi jika kita semua tidak memainkan peranan.

“Kami ingin menjelaskan bahawa penekanan MITI adalah berkaitan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 yang mana menuntut peranan semua, bukannya penutupan aktiviti ekonomi sepenuhnya. Semua perlu menilai dalam gambaran lebih besar.”

Sementara itu Pengerusi EuroCham Malaysia, Oliver Roche, berkata organisasi itu menggesa komuniti perniagaan memandang serius penularan jangkitan yang berkaitan dengan pelbagai sektor iaitu perkilangan, tapak pembinaan dan tempat kerja.

 

Baca : TERKINI: PKP Disambung Sehingga 4 Februari di Selangor, KL & 5 Negeri

Pkp

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.