in

“Hampir melecur seluruh badan selamatkan jiran” – [VIDEO] Lelaki Selamatkan Jiran Muslim Daripada Dibakar Ketika Rusuhan

Combine Delhi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kekecohan berlaku di India yang melibatkan kerosakan dan kemusnahan rumah dan kedai serta dilaporkan telah meragut lebih 40 nyawa serta mengakibatkan kecederaan ke atas beratu-ratus masyarakat Hindu dan Islam di sana. Ini merupakan kejadian yang terburuk selama beberapa dekad yang berlaku di New Delhi, India.


Dalam perkembangan terbaharu, insiden rusuhan di India dilaporkan sekumpulan perusuh telah menyerang sebuah rumah yag didiami oleh keluarga muslim India namun yang membuatkan insiden itu menjadi perhatian global apabila perusuh itu cuba membakar 6 ahli keluarga tersebut secara hidup-hidup.

Tanpa disangka seorang lelaki, Premkant Baghel, jiran daripada keluarga tersebut datang menyelamatkan mereka kerana dia melihat mereka sudah tak mampu nak selamatkan diri sendiri.

Walaupun badannya  hampir 70% terbakar dia tidak merasa sakit sewaktu menyelamatkan kesemua ahli keluarga tersebut.

Melecur

Namun, yang mengecewakan setelah insiden tersebut tak ada satu orang pun datang nak hantar Baghel ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Jiran yang lain cuba untuk menghubungi ambulans namun tidak mendapat sebarang respon.

Oleh itu, dia hanya berada di rumah semalaman dengan kesan lecuran hampir 70% di badan.

Keesokan paginya, barulah Baghel mendapat rawatan di Hospital GTB sekaligus dengan keluarga yang terlibat dengan rusuhan itu.

Seramai 50 orang yang maut akibat daripada rusuhan beberapa hari lalu dan lebih daripada 250 orang yang tercedera.

Kereta Terbakar

Rusuhan

Baca : Seramai 514 ‘Suspek Rusuhan & Keganasan Di New Delhi Ditahan, 500 Kenderaan Dibakar!

Rusuhan Delhi

 

 

Sumber: India Times
Sumber: The Hindu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.