in

“Hampir kena darah tinggi” – Netizen Salute Caprice Berani Buat Sesi Live Instagram Dengan 2 Rakyat Israel

Israhell

Kalau sebut saja nama Caprice, pastinya rata-rata netizen mengenali rappers terkenal ini yang kerap muncul di Instagram memperkatakan tentang isu-isu semasa yang berlaku di negara mahupun dunia.

Terbaru kali ini, Caprice mengumumkan bakal bersiaran dalam satu sesi live di Instagram bersama dua orang gadis dari Israel yang mana mereka akan membincangkan mengenai isu Palestin-Israel.

Menurut Caprice, sesi live itu diadakan untuk menanam idea baru dalam kalangan orang Israel supaya mereka tidak lagi menggunakan keganasan untuk menyelesaikan pergolakan yang sedang berlaku di Gaza.

 

Sesi live Caprice bersama 2 gadis Israel ‘panas’

Sesi live yang bersiaran pada 10 malam semalam telah mendapat lebih kurang 202,000 views yang rata-rata dari pengguna media sosial tempatan dan luar negara.

Menerusi sesi live yang pertama bersama Shiraz, seorang pelakon dan juga pengguna TikTok terkenal dari Israel ini, ramai netizen katanya dah mula ‘panas’ sebab tak tahan tengok kedua-duanya berhujah.

Shiraz 1

Caprice pula dilihat agak relax dan tidak mudah ‘koyak’ walaupun Shiraz sudah mula mengeluarkan pelbagai ‘fakta’.

 

Dalam sesi live yang kedua pula, Caprice dilihat berhujah dengan Orin, seorang anggota IDF.

E12Bvkwveaectsu

 

“Salute you being patient” 

Rata-rata netizen yang melihat sesi live tersebut ternyata sangat beremosi dan marah dengan penjelasan yang diberikan dua gadis Israel terbabit berkenaan isu Palestin.

Malah ramai juga yang geram kerana mereka berdua tak menjawab soalan Caprice malah lebih menyalahkan Hamas dalam semua hal yang diperkatakan.

Dek kerana menahan rasa marah, ramai netizen mengadu mereka hampir-hampir kena tekanan darah tinggi. Sabar ye gais… sabar banyak-banyak. 

Koyak

Apa-apapun bagi korang yang terlepas nak tengok sesi live semalam, korang boleh saja tengok di Instagram Caprice kat bawah ni. Tapi hati-hati ye jangan sampai korang kena darah tinggi pulak.

Macam manapun, admin salute dengan Caprice yang stay calm sepanjang sesi live tersebut. Steady bro! 

Baca: “Laungan takbir dan jeritan keseronokan bergema” – Israel & Gaza Umum Gencatan Senjata

Cats 69

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram