in

“Laungan takbir dan jeritan keseronokan bergema”- Israel & Gaza Umum Gencatan Senjata

Cats 69 E1621732918284

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Agensi berita Al-Jazeera, awal pagi tadi mengesahkan bahawa Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza sedia telah mencapai kata sepakat dan mengumumkan gencatan senjata seterusnya mengakhiri pertempuran ganas 11 hari disana.


Gencatan senjata ini berkuatkuasa di Semenanjung Gaza bermula pada awal pagi hari Jumaat tadi (jam 7 waktu Malaysia) setelah Mesir mengadakan perjanjian antara Israel dan Hamas untuk menghentikan konflik selama 11 hari.

000 9Af73Q

Menerusi keterangan yang dikeluarkan pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, kabinet keselamatannya ‘dengan sebulat suara’ menerima cadangan dan inisiatif Mesir bagi mengadakan gencatan senjata tanpa syarat.

Kumpulan pejuang Palestin, Hamas dan Jihad Islami kemudian mengesahkan gencatan senjata dalam satu kenyataan, dengan mengatakan ia akan berkuatkuasa pada pukul 2:00 pagi hari Jumaat waktu tempatan. 

Ezgif.com Gif Maker

Sejurus selepas pengumuman gencatan senjata tersebut, ribuan orang di Gaza dan wilayah Palestin beramai-ramai turun ke jalanan untuk merayakan gencatan senjata, mengibarkan bendera dan mengibarkan tanda V untuk kemenangan.

“Hari ini pejuang kami dan rakyat kami mengumumkan kemenangan ke atas musuh kami, dan Alhamdulillah, kami berkumpul untuk meraikan dua kegembiraan. Kegembiraan kemenangan dan kegembiraan haru raya”-Khalil Al Hayya, Timbalan Ketua Hamas.

Berita ini turut dikongsikan oleh saudara Nadir Al-Nuri, menerusi laman instagramnya jam 8 pagi tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Sumber : Al-Jazeera

Baca : Akaun FB Milik Nadir Al-Nuri, Rakyat M’sia Tunggal Di Gaza Disekat Sebab Buat Posting Pasal ‘Anak Gaza Lari Kejar Jenazah Ayah’

Nadir Al Nuri

 

Sumber: Al Jazeera
Sumber: Al Jazeera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.