in

“Haa kan dah kena” – Lelaki Ini Bagi Alasan ‘Terlupa’ Bila Pihak Berkuasa Keluarkan Saman Sebab Merokok Di Kedai Makan

Featured Image Rokoks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah menyatakan bahawa saman terhadap perokok yang merokok di kedai makan akan dilaksanakan pada 1 Januari 2020.



Kenyataan itu bukanlah omong kosong semata-mata apabila pihak berkuasa telah memulakan langkah pada hari pertama tahun 2020.

Semalam, 1 Jan 2020, pihak berkuasa telah melakukan operasi tersebut di sekitar kedai makan seluruh negara.

Menurut Sinar Harian, seorang lelaki berusia 50 an berang akibat dikenakan kompaun sebanyak RM250 akibat merokok di tempat makan.

“Saya panas hati, janganlah letak meja makan di luar premis, jadi tak adalah orang merokok di sini. Kalau begini, larang terus penjualan rokok,” perokok.

577699
Sumber: sinar harian

Lelaki tersebut didapati merokok di sebuah medan selera ketika operasi penguatkuasaan di tempat makan yang diketuai Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Low Chee Leong di Bukit Baru, Melaka.

Chee Leong berkata, alasan itu selalu digunakan perokok walaupun Jabatan Kesihatan Negeri termasuk kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) giat melaksanakan kempen sejak tahun lalu.

“Kita juga kesal apabila pemilik kedai makan meletakkan notis larangan merokok di premis mereka tetapi tetap membenarkan perokok merokok dalam premis,” katanya.

Chee Leong yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Laksamana turut berkata, daripada 154 premis yang diperiksa hari ini, sebanyak sepuluh notis kompaun telah dikeluarkan.

“Enam kompaun dikeluarkan di Melaka Tengah, tiga di Jasin dan satu di Alor Gajah pada operasi yang bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang ini,” katanya.

Namun begitu, melalui video temu bual yang di siarkan di Buletin Utama, ada juga perokok yang pada ketika itu merokok dalam kedai makan, bila di tanya mengenai larangan merokok, dia menjawab bahawa terlupa.

Bu
Sumber: youtube

Selain itu, sehingga jam 3.00 petang semalam, sebanyak 64 notis kompaun telah di keluarkan terhadap pesalah yang merokok di kedai makan.

Hah kan dah kena. Lagi pun dah banyak kali amaran dan larangan diberikan kepada perokok namun ada yang masih berdegil. Namun macam biasa lah, ada juga yang tidak mengendahkan larangan tersebut selagi tiada tindakan susulan yang dilakukan. Di harap benda ni boleh la jadi pengajaran.

 

Baca: “Dah bagi nasihat dia buat bodoh” – 2 Perokok Biadap Di Kedai Makan Dah Kena Denda RM 10,000 & Ditahan Sebab…

Denda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.