in

“Gunalah minyak tanah sebagai cecair pembasmi kuman” – Presiden Filipina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai cara dan alternatif dibuat manusia, bagi melindungi diri masing-masing daripada terkena jangkitan COVID-19. Ada yang sanggup telan cecair peluntur dan alkohol.


Malah beberapa pemimpin dunia juga dilihat ada yang mengusulkan saranan dan cadangan yang bertentangan dengan fakta perubatan. Antaranya suntik cecair peluntur dan minum tonik herba untuk menjamin kekebalan tubuh badan.

Terbaru di Filipina, Presidennya Rodrigo Duterte dilapor menyarankan orang ramai supaya membersihkan topeng muka mereka menggunakan minyak tanah.

Menurut laporan Manila Bulletin, saranan itu dibuat sebagai alternatif atau pengganti buat mereka yang tidak mampu mendapatkan produk pembersih beralkohol.

Meskipun ramai yang beranggapan beliau sekadar berseloroh dengan mengeluarkan kenyataan tersebut, presiden itu sekali lagi tampil menegaskan bahawa beliau tidak bergurau.

Sekiranya anda tidak mampu dan sukar untuk mendapatkan alkohol, pergi saja ke stesen minyak dan dapatkan sedikit dua minyak tanah. Ia boleh digunakan untuk membasmi kuman. – Rodrigo Duterte

Dalam kenyataan rasminya minggu lalu, Duterte mengumumkan rancangannya untuk memberi topeng muka percuma kepada orang ramai sebagai langkah membendung penularan COVID-19. Dan beliau mencadangkan orang ramai agar menggunakan minyak tanah untuk membersihkan topeng muka mereka.

Untuk rekod, difahamkan setakat ini kes jangkitan COVID-19 di republik itu semakin menghampiri 90,000 kes dengan kira-kira hampir 2,000 kematian.

 

Baca: “Saya sendiri akan kebumikan mereka” – Presiden Filipina Beri Amaran Keras, Tembak Mati Rakyatnya Yang Langgar Perintah Berkurung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.