in

Penduduk Bolivia Terdesak Cari Penawar COVID-19, Sanggup Telan Agen Peluntur

Untitled Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika rakyat Malaysia sedang melalui fasa pemulihan untuk meneruskan semula kehidupan seperti biasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Mac lepas, masih banyak lagi negara-negara lain yang terpaksa bergelut untuk menghentikan segera penularan jangkitan COVID-19.


Bolivia kini misalnya, berada di ambang bahaya selepas negara itu mula melepasi angka 50,000 kes dan beberapa menterinya dilapor turut positif wabak tersebut.

Lebih membahayakan, apabila terdapat sebilangan penduduk di wilayah Cochabamba dilapor sanggup beratur panjang di farmasi untuk mendapatkan chlorine dioxide — iaitu sejenis agen peluntur yang dipercayai mampu mencegah dan memulihkan jangkitan COVID-19.

2480

Lapor The Guardian, meskipun Kementerian Kesihatan negara itu sudah mengeluarkan amaran mengenai bahaya pengambilan bahan kimia itu — segelintir penduduk tetap berdegil kerana terlalu terdesak mencari penawar virus itu.

Ia ditambah dengan kenyataan mengelirukan dari pihak pembangkang kerajaan, yang menggalakkan penduduk mengambil chlorine dioxide sebagai alternatif untuk menyembuhkan jangkitan merbahaya itu.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 10 mangsa mengalami keracunan selepas mengambil agen peluntur tersebut.

Sebelum ini, beberapa kontroversi lain pernah timbul berhubung penggunaan bahan peluntur toksik sebagai penyembuh COVID-19 — misalnya seperti yang pernah dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Malah di Malaysia juga isu sama timbul, melibatkan penggunaan kad kesihatan berisi bahan kimia sama pada Mac lalu.

 

Baca: Trump Buat Hal Lagi, Kali Ini Cadangkan Doktor Suntik Bleach Untuk Rawat COVID-19!

Capture 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.