in

“Ni lah bahaya berita palsu” – Percaya Fake News, 36 Warga Iran Mati Akibat Keracunan Alkohol Sebab Nak Elak Covid-19

Feature 2 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan kes virus korana yang semakin membimbangkan, semakin ramai pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan berita palsu terutamanya tentang cara-cara untuk mengelakkan terkena jangkitan wabak ini.


Covid Iran 2

Kali ini, 36 rakyat Iran telah mati disebabkan keracunan alkohol. Menurut BBC News, kesemua mangsa telah mempercayai fake news yang mengatakan alkohol boleh mengelakkan mereka daripada dijangkiti Covid-19 ini.

Jangan percaya berita tidak sahih, guys!

Kejadian itu dikatakan berlaku di Ahvaz, Khuzestan. Setakat ini, 270 mangsa yang lain pula telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Covid Iran 3

Kesemua mereka dipercayai telah mengalami keracunan setelah minum alkohol tiruan seperti moonshine atau methanol.

Menurut pihak berkuasa di sana pula, tujuh individu telah ditahan atas kesalahan mengedar minuman keras tiruan ini kepada umum.

Sebelum ini, Iran telah merekodkan sebanyak 237 kematian yang disebabkan oleh wabak Covid-19 manakala sebanyak 7,161 kes jangkitan pula telah direkodkan.

Covid Iran

So, korang kena check dulu info tu sahih ke tak sebelum mencuba tips-tips di laman sosial. 

Baca: Take Note! Ini 9 Berita Palsu Tentang Virus Corona Di Malaysia Yang Hangat Tersebar 

Berita Palsu

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.