“Gila ke?” – Budak 12 Tahun Masukkan Jarum Panjang Dalam Lubang ‘Bebird’ Sebab Nak Siapkan Assignment

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bayangkan lepas korang lunch, makan pulak makanan yang berat-berat, bila masuk balik office, confirm mengantuk tak ingat dunia punya kan? Time ni, memang macam-macamlah cuba buat untuk kekal jaga.

Sama macam budak dari China ni, tapi dia punya cara nak berjaga memang dah level lain. Apa yang dia buat?

Xiaolong, budak lelaki berusia 12 tahun dari Shaanxi, China ini telah memasukkan jarum akupuntur sepanjang empat inci ke dalam lubang kemaluannya. Bapaklah!

Sumber: Daily Mail

Menurut Daily Mail, budak ni hanya mendapat rawatan 15 jam kemudian sebab dia malu nak bagitahu ibu bapa tentang apa yang dia lakukan. Obviously…

Lambat laun, ibu budak ini perasan yang anak dia jalan slow semacam. Bila dia suruh anak dia jalan laju barulah budak ni bagitahu sebab sebenarnya.

Sumber: Daily Mail

“Dia mengaku telah masukkan jarum ke dalam kemaluan dia sebab dia asyik tertidur masa tengah buat kerja sekolah. Saya terkejut bila dengar.”

Bila doktor periksa budak ini, doktor mendedahkan yang jarum tersebut sangat dekat dengan pundi kencingnya hingga dorang terpaksa menjalankan pembedahan hampir dua jam untuk keluarkan jarum milik nenek budak tersebut.

Pembedahan yang berlangsung selama dua jam ini sangat sakit untuk budak ini tapi nasib baik pembedahan ini berjaya dan tak lama lagi Xiaolong akan pulih seperti sediakala.

Haih, macam manalah budak ni boleh terfikir sampai macam tu sekali. Padahal boleh je cucuk sikit jarum tu dekat tangan.

 

Baca: “Kaki dah laju tekan” – Mesin Jahit Berbunyi, Tak Perasan Rupanya Jarum Dah Tembus Jari!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson