in

“Kaki dah laju tekan…. – Mesin Jahit Berbunyi, Tak Perasan Rupanya Jarum Dah Tembus Jari!

Jarum Tertusuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau mengantuk jangan menjahit.”

Itulah pesanan wanita dari PPH Karamunting, Bandar Sandakan, Sabah ini lepas satu insiden mengerikan terjadi padanya 3 Mei lepas. Menurut Rizainawati, pagi tu dia agak rushing nak siapkan jahitan hand sock untuk agent sebab mengikut perjanjian, dia akan hantar order pada tengah hari.


 

Tak sedar jari tertusuk jarum!

Katanya yang guna mesin jahit industry tu, waktu tengah menjahit, kaki dia dah laju tekan mesin tetapi pelik kerana mesin ada bunyi. Rupa-rupanya dia tak sedar jarinya dah tertusuk jarum!

Tiba-tiba jarum dah masuk tangan dan saya tak perasan langsung. Saya pelik kenapa mesin macam ada bunyi patah. Bila betulkan jarum baru saya perasan jari dah sangkut. 

Jarum3
sumber: facebook

Bila dah sedar jari tertusuk jarum, Rizainawati menangis sebab terkejut apatah lagi jarum dah bengkok dan tembus jarinya sampai ke bawah. Dia kemudian segera hubungi adik untuk minta bantuan.

Masa tu darah langsung tak mengalir. Saya call adik minta bantuan dan kami cepat cepat pergi ke hospital.”

Jarum1
sumber: facebook

 

Kena bedah sebab jarum dah bengkok

Jam 9.30 pagi, mereka sampai di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan doktor terus beri injection untuk elak kuman daripada merebak.

Lepas dah dapat keputusan X-ray, Rizainawati diberitahu yang dia kena buat pembedahan disebabkan jarum dah bengkok, so sebelum tu dia ditahan dekat wad.

Jarum2
sumber: facebook

Masa ditahan dalam wad pembedahan wanita, saya kena tambah air dan berpuasa sebab nak kena bedah.”

Kira-kira jam 8.45 malam, dia ditolak masuk ke bilik pembedahan dan pada jam 10.30 malam pembedahan dimulakan.

 

Muka ditutup, tangan dibius

Bila mula pembedahan, muka saya ditutup dan tangan dibius. Lepas itu saya cuma dapat rasa macam ada bunyi kena tarik. Tak sampai sejam, alhamdulilah selesai. Saya tengok tangan saya dah berbalut.”

Doktor kemudian proceed buat X-ray sekali lagi sebab nak pastikan jarum tak tertinggal dalam tulang. Keesokan hari, balutan dibuka dan dia dibenarkan keluar hospital.

Bila saya tengok jari saya, saya terkejut rupanya jari saya tak kena bedah dan saya tanya Doktor Syawal yang bedah saya tu, kenapa tak ada kesan jahitan. Dia kata jarum tak kena tulang, so kami cuma cabut jarum dan bersihkan semua serpihan.”

Jarum4
sumber: facebook

Rizainawati ketika kami hubungi sempat memberi peringatan kepada tukang jahit di luar sana supaya lebih berhati-hati.

Meremang rasa tengok gambar jarum tertusuk tu! ?

Baca: [Video] “Nasib baik dia selamat” – Ajaib! Lelaki Masih Boleh Bercakap Walaupun Sebatang Besi Tercucuk Menembusi Kepala

Feat 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.