in

“Gigih ukur & tanam satu-satu” – Pokok Di Hutan Ini Ditanam Ikut Bentuk Emoji ‘Smiley’

Feature 4.4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hutan merupakan nadi alam dan bumi kita sebab kalau tak ada pokok-pokok ni, macam mana lah kita nak dapatkan udara yang segar dan bersih kan? Mungkin sesetengah orang ingat tanam pokok ni benda biasa je, namun sebenarnya ianya boleh jadi aktiviti yang menyeronokkan.


Macam sebuah hutan di Oregon, US ini, pokok-pokok di kawasan ini ditanam mengikut bentuk emoji Smiley yang kita selalu guna kalau hantar mesej kat member.

Pokok 2

Menurut Forestry.com, sebuah syarikat kayu iaitu Hampton Lumber telah menanam pokok-pokok tersebut di kawasan berbukit dan smiley ni dapat dilihat jika anda melalui Highway 18 di Willamina. Difahamkan, pokok ini ditanam untuk proses penghutanan semula sebab pokok sebelum ni dah digunakan oleh syarikat mereka.

Disebabkan smiley ni berwarna kuning, pihak mereka telah menanam pokok Larch iaitu pokok yang tergolong dalam keluarga pokok konifer. Pokok ni ditanam sebagai base, manakala untuk kawasan mata dan mulut smiley, pokok Douglas Fir telah ditanam.

Memandangkan pokok Larch akan bertukar menjadi kekuningan ketika musim luruh, time ni je kita boleh tengok bentuk smiley ni sebab ketika musim lain, kesemua pokok berwarna hijau so kita tak akan nampak bentuk comel ni.

Pokok

Menurut syarikat kayu tersebut, mereka mengambil masa selama seminggu untuk menanam pokok mengikut bentuk emoji ni pada tahun 2011. Bukan senang tau nak tanam sebab dorang kena ukur saiz bulatan tu manakala mata dan mulut smiley juga harus dibentuk dengan baik. Kang senget sebelah pulak mata emoji ni. 

Seorang individu yang bekerja dengan syarikat kayu tersebut juga ada kongsikan informasi lanjut dengan formasi pokok-pokok ini di Facebook.

Pokok 4

Mesti cantik ni kan kalau dapat tengok depan mata. 

Sumber: Forestry.com, reddit, Street Art Utopia, Design Boom

Baca: Aokigahara: Hutan Di Jepun Ini Antara Tempat Bunuh Diri Paling Popular Dunia

Hutan

Sumber: reddit
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.