Seorang lelaki ‘bujang’ dan tidak bekerja berusia 57 tahun ditahan kerana meliwat anak jiran lebih 20 kali dalam kejadian di Butterworth sejak bulan lalu.
Lelaki itu dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika dia membawa kanak-kanak itu berjalan-jalan termasuk bermalam di salah sebuah hotel bajet.
Dalam laporan ibu mangsa memaklumkan anak lelakinya berumur 8 tahun mengadu sakit dan pedih di bahagian duburnya setiap kali keluar dengan suspek berusia 57 tahun itu.”– Noorzainy Mohd Noor / Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara
Laporan polis dibuat wanita 33 tahun itu pada 28 Mac lalu, kata ibur murid tahun 2 itu, lelaki tersebut telah membawa anaknya keluar bersiar-siar beberapa kali dalam pengetahuannya, termasuk yang terbaru pada 17 Mac, membawa kanak-kanak itu tidur di sebuah hotel bajet, lapor FMT.
“Anaknya juga beberapa kali mengadu bahagian duburnya terasa sakit dan pedih. Wanita itu membuat laporan polis selepas mengesyaki ada yang tidak kena berdasarkan apa yang diceritakan kanak-kanak tersebut,”
Selepas mangsa mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor, didapati kanak-kanak itu memang telah diliwat.
Polis kini telah lengkapkan kertas siasatan dan lelaki tersebut didakwa di Mahkamah Butterworth hari ini dengan 23 pertuduhan.